Penyerang Liverpool asal Mesir, Mohamed Salah, tampil mengkritik UEFA dengan nada sinis.
Ini selepas badan induk bola sepak Eropah itu memberikan penghormatan kepada pemain Palestin, Suleiman al-Obeid, dikenali sebagai “Palestinian Pelé”, tanpa menyatakan punca atau konteks kematiannya.
Menurut Persatuan Bola Sepak Palestin (PFA), Suleiman al-Obeid berusia 41 tahun, terbunuh dalam serangan udara Tel Aviv ketika berada di selatan Gaza menunggu barangan bantuan kemanusiaan pada Rabu lalu
Suleiman adalah bekas pemain utama pasukan kebangsaan Palestin, mencatat lebih 100 gol sepanjang karier kelab dan terkenal dengan gol “scissor-kick” menentang Yemen pada Kejohanan WAFF 2010
Reaksi UEFA & Saudara Solidariti Salah
UEFA menerbitkan penghormatan ringkas: “Selamat jalan untuk Suleiman al-Obeid, ‘Palestinian Pelé.
“Bakat yang memberikan harapan tidak terkira kepada kanak kanak, walaupun ketika detik paling gelap.”
Kenyataan itu tidak menyebut bagaimana atau mengapa al-Obeid meninggal dunia, lalu menimbulkan reaksi kecewa daripada Salah. Beliau membalas di platform media sosial X (dulu Twitter):
“Boleh tak kamu beritahu kami, bagaimana beliau meninggal dunia, di mana, dan kenapa?”
Jelas sekali mesej itu sindiran Mo Salah kepada badan bola sepak Eropah itu. Di mana mereka seringkali dianggap pilih kasih dalam isu solidariti.
Peminat dari seluruh dunia setuju dengan kritikan Mohamed Salah. Peminat Arsenal malah menyindir UEFA sebagai kecut, dan dunia menunggu jawapan balas mereka terhadap kenyataan Mohamed Salah ini.
UEFA we waiting, you got no place to hide, answer the question🤨 pic.twitter.com/y7gmQH5dBo
— UpYourArsenal🔴⚪🔴⚪♥️ (@UPYOURARSENAL04) August 9, 2025