Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malatsia (SAM) megeluarkan kenyataan rasmi mengecam serangan ke atas wartawan sukan Haresh Deol.

Dalam kenyataannya di X, Haresh menyatakan bahawa dia telah diserang oleh dua orang pelaku.

“Saya telah diserang 2 individu, dengan salah seorang telah mengambil video saya diserang. Saya baru sahaja membuat laporan polis,” tulis Haresh.

SAM menerusi Presidennya, Ismadi Abdul Manap dalam kenyataannya berkata: “Serangan ke atas mana-mana wartawan adalah tindakan ekstrem yang tidak boleh dibiarkan.

“SAM tidak mahu ahli kami bekerja dalam ketakutan atau trauma,” kata beliau – seperti dilaporkan Harian Metro.

Menurut Ismadi lagi, ini bukan sahaja soal keselamatan individu, namun turut merangkumi aspek keselamatan ketika bertugas sebagai wartawan sukan.

SAM menuntut siasatan dilakukan dengan segera dan pelaku dapat dihadapkan ke muka keadilan.