Jurugambar di seluruh media sosial mengutuk keras seorang netizen yang menyamakan kerja jurugambar pengantin dengan bangla.
Dalam satu hantaran yang dibuat oleh Haikal.ARW, beliau memuat naik tangkap layar sebuah kumpulan jurugambar dan juruvideo di Facebook.
Baca Juga:
- ‘Lain Dijemput, Lain Yang Datang’ – Pengantin Kesal Makanan Tidak Mencukupi Kerana Tetamu Tidak Diundang
- Baru 3 Hari Kahwin, Pengantin Perempuan Larikan Diri Selepas Tahu Gaji Suaminya Cuma RM1,170
Tangkap layar terbabit adalah berkenaan dengan seorang individu tanpa nama yang mencari jurugambar untuk majlis perkahwinan.
Apa yang menaikkan baran kumpulan jurugambar adalah beliau menyamakan kerja mengambil gambar dengan bangla dan selepas itu hanya mahu membayar upah RM100 sahaja.
Dia boleh samakan photographer dengan bangla. pic.twitter.com/f1TELYEf2k
— Haikal.ARW (@kalcubemaster) January 19, 2024
“Kalau kamera pengantin sendiri sediakan boleh ke upah Photographer untuk tolong tekan kamera jew? Bajet RM100 sehari (bangla kerja penat pun gaji RM80 jew sehari).
“Upah photographer tolong tekan-tekan jew. Nk upah family semua sibuk layan tetamu,” katanya.
Kamera yang beliau sediakan pula adalah Nikon 3100, keluaran tahun 2010 yang kebanyakan jurugambar sudah tidak menggunakannya.
Upah RM100 pula adalah untuk jam bekerja dari 8.00 pagi sehingga 6.30 petang.
Tangkap layar tersebut mendapat pelbagai reaksi dari netizen, kebanyakannya berang dengan tindakan beliau menyamakan jurugambar dengan bangla.
Ada lg ker job ni? menarik tu tekan2 kamera jer kan. Takyah nak fikir angle apa semua. nikon 3100 tu. model entry level 14 tahun lepas tu hahaha
— Mie (@kny_mie) January 19, 2024
Kalau dia rasa setakat tekan tekan je, asal tak buat sendiri je suruh anak buah umur 5 tahun buat kan free
— Muhammad Morris Menahan Diri 🏴 (@MuhammadMorris) January 19, 2024
kamera pun bagi D3100, lens kit 18-55. Gudlak HAHA
— Zul Norizan 🇲🇾 (@mzulfiqor) January 19, 2024
Orang macamni kalau jadi majikan/boss memang kesian lah staff.
— Z Ā K Y (@_gotdamsg) January 19, 2024