Hari ini sudah masuk separuh bulan Hari Raya Aidilfitri disambut. Masih banyak tempat yang membuat majlis rumah terbuka sempena perayaan.
Sebuah sekolah jenis kebangsaan cina (SJKC) mencuri perhatian warganet selepas membuat sambutan Hari Raya.
Baca Juga:
- Buang Ego Demi Keluarga, Yusof Haslam Gembira Syamsul Dah Pulang Pada Hari Raya
- 70,000 Penjawat Awam Buat Pinjaman Peribadi Untuk Sambut Hari Raya
- Pelajar Asing Tersentuh Sikap Murni Rakyat Malaysia Bantu Semasa Hari Raya
Menerusi video dikongsikan TikTok @atikah_tahar, majlis sambutan itu diadakan di dewan besar sekolah berkenaan.
@atikah_tahar Selesai sambutan hari raya di sekolah anak2, semuanya happy š Ummi simpan sini untuk memori. #sjkc #sekolahcina
Video pendek itu menunjukkan para pelajar duduk dalam barisan, sementara para guru pula menghidangkan pelbagai juadah di tepi mereka.
Pada masa sama ada juga murid di atas pentas membuat persembahan bersama guru-guru mereka.
Kelihatan juga ada para guru dan murid-murid berbangsa cina juga tidak melepaskan peluang untuk berbaju melayu serta baju kurung pada hari itu.
Sambutan Hari Raya mencuri tumpuan dan meraih pujian netizen yang ada pertama kali melihatnya di sambut di bukan di sekolah kebangsaan biasa.
Ramai gembira melihat keharmonian yang ditonjolkan oleh setiap para guru, pihak pengurusan, ibu bapa dan murid-murid dalam menjayakan majlis tersebut.