Baru baru ini tular gambar Jackie Chan yang kini sudah semakin tua. Dan perkara itu mendapat reaksi dan komen daripada netizen.

Ada segelintir netizen telah mempersenda tentang Jackie Chan yang sudah tua. Komen itu membuatkan seorang lagi pelakon legenda Hong Kong, Sammo Hung tampil membidas balik.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Jackie Chan kini sudah berusia 69 tahun, berada dalam satu acara di China. Dengan ramai yang memberikan komen tentang rupa pelakon veteran itu.

Sammo Hung berkata: “Siapa yang tak akan tua? Yang penting dia masih kekal sihat pada usianya.”

Sammo Hung yang berusia 72 tahun berkata begitu ketika menjawab soalan wartawan selepas menghadiri acara makan malam yang dianjurkan oleh persatuan pengarah filem Hong Kong.

Dia menambah: “Kenapa mereka ini bercakap perkara yang tidak elok tentang Jackie Chan? Mereka berlagak seolah olah mereka tak akan pernah tua suatu hari nanti.”

Sammo Hung sendiri datang ke acara itu dengan tongkat, ditemani isterinya yang juga bekas pelakon iaitu Joyce Godenzi.

Dia menyatakan bahawa kakinya masih sakit dan menegaskan dia sudah tidak berlatih di gym lagi.

Sammo Hung menjalani pembedahan kaki pada 2017 dan pernah berkerusi roda sebelum ini.

Dia turut memberitahu kini isterinya mengawal pemakanannya agar tidak makan terlalu banyak.

“Saya mengamalkan seni mempertahankan diri sejak usia 9 tahun sehingga 50 tahun. Adakah saya masih meneruskan latihan tersebut pada usia 70 tahun? Satu satunya latihan saya buat sekarang adalah menggerakkan mulut untuk makan,” katanya sambil berseloroh.

Walaupun ada mulut puaka yang mengejek Jackie Chan dah tua, namun sebenarnya ramai juga yang berterima kasih dengan beliau kerana menjadi sebahagian daripada masa kecil atau remaja mereka.

Ada juga yang mengucapkan terima kasih kepada Jackie Chan di atas lakonannya dalam filem filem beliau dahulu yang menghiburkan.