Pernahkah anda mendengar penawaran pembelian peranti baharu lalu diberikan sebuah lagi model peranti yang sama secara percuma? Bertuah buat anda kerana Samsung Malaysia kini mengumumkan program pembelian seumpamanya.

Tawaran ini hanya terbuka kepada pengguna peranti Galaxy Note20 Ultra, Galaxy S21 Ultra dan Galaxy S22 Ultra untuk tempoh terhad di bawah skim tukar ganti.

Baca Juga:

Sumber Gambar: Samsung

Menerusi program tukar ganti Ultra ini, ketiga-tiga peranti ini boleh ditukar ganti kepada sebuah Samsung Galaxy S23 Ultra. Penawaran ini sangat menarik kerana pemilik Galaxy S22 Ultra boleh menaik taraf ke Galaxy S23 Ultra dengan spesifikasi 256GB tanpa sebarang bayaran. Selepas itu pembeli akan turut menerima sebuah Galaxy S23 dengan spesifikasi 128GB secara percuma.

Pemilik Galaxy S21 Ultra hanya perlu menambah RM199 dan Galaxy Note20 Ultra pula hanya RM399. Difahamkan hanya peranti yang masih berfungsi dan tidak mempunyai skrin yang rosak akan diterima oleh Samsung.

Secara kasarnya, Galaxy S23 dengan spesifikasi 128GB berharga RM3899 sementara sebuah Galaxy S23 Ultra dengan spesifikasi 256GB adalah berharga RM5,699 sekaligus menjadikan ia sebagai satu tawaran yang berbaloi. Tawaran ini adalah terhad dari 24 Februari ke 31 Mac 2023 sahaja.

Sumber