Para peminat Samsung sudah pasti tidak sabar untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan siri Galaxy S23 pada tahun hadapan. Ditambah pula dengan pelbagai ciri menarik yang dijangka bakal ditawarkan padanya sekaligus memberikan saingan sengit kepada jenama lain.
Terbaharu, Samsung dilaporkan menyasarkan untuk melancarkan siri Galaxy S23 pada awal tahun 2023 kelak dan berkemungkinan pada minggu pertama Februari. Pengenalan ini dilihat selari dengan pelancaran siri Galaxy S22 yang diadakan pada tahun ini, iaitu pada awal Februari 2022 lepas.
Baca Juga:
- Berani ‘Pecah Tembok’ Industri Boba Di Malaysia, Ini Nasihat Pengasas Tealive Buat Anak Muda
- Gaji Cukup-Cukup Makan? Ini 5 Idea Untuk Anda Cari Duit Tepi
- Jangan Ulang 5 Kesilapan Kewangan Orang Malaysia Selalu Buat
Samsung dijangka menyertakan cip Snapdragon terbaru dan juga menawarkan kamera 200-megapixel pada siri . Menyentuh rekaan peranti, ketiga-tiga model Galaxy S23 mungkin tampil dengan rekaan yang mirip seperti tahun ini tetapi dengan sedikit pengubahsuaian pada kerangka dan bonggol kamera.
Buat pertama kali dalam beberapa tahun, Samsung dijangka tidak lagi menawarkan model Galaxy S23 dengan cip Exynos berikutan perjanjian terbaharunya dengan Qualcomm. Seperti biasa, sama-sama kita nantikan maklumat lanjut pengenalan rasmi telefon Galaxy S23 dalam beberapa bulan lagi.