Sebut mengenai Samsung, pasti orang ramai malah seluruh dunia cukup mengenali dengan jenama ini. Konsisten menawarkan pelbagai peranti terdiri daripada telefon pintar, tablet, televisyen mahupun kelengkapan yang lain membuatkan jenama ini menjadi jenama pilihan pengguna.
Pada tahun ini, Samsung sekali lagi hadir dengan rangkaian produk terbaru bagi televisyen keluaran mereka iaitu Samsung Neo QLED 4K. Hadir dengan saiz serta teknologi yang berbeza antara yang ditawarkan jenama ini mengikut keperluan dan budget pengguna.
Kami juga turut berpeluang untuk mencuba sendiri bagi mengetahui dengan lebih lanjut kehebatan Samsung Neo QLED 4K QN85C terbaru daripada Samsung. Berikut merupakan review penuh kami selepas mencubanya.
Samsung Neo QLED 4K QN85C
Sejak beberapa tahun terakhir ini, teknologi TV dilihat pantas berubah dalam menawarkan hiburan yang tebaik buat para pengguna.
Samsung juga tidak terkecuali dalam menawarkan yang terbaik buat para pengguna di mana mereka turut memperkenalkan siri Samsung Neo QLED 4K.
Pada siri Samsung Neo QLED 4K, para pengguna bukan sahaja berpeluang menikmati resolusi 4K, malah menerusi teknologi Neural Quantom Processor 4K, para pengguna berpeluang menikmati paparan 4K beserta bantuan AI.
Dalam erti kata lain, gambar yang dipaparkan lebih menarik dan kemas menerusi bantuan HDR remastering.
Bukan itu sahaja, paparan yang dalam resolusi HD juga mampu diproses untuk dipaparkan pada pengguna dengan paparan 4K yang pastinya lebih jelas. Semua ini turut dibantu oleh Quantum Mini LED yang tersedia pada model Samsung ini.
Mengulas mengenai port, model ini sedia menawarkan port USB, HDMI dan juga ethernet dalam memudahkan orang ramai menghubungnya kepada dekoder atau sebarang peranti.
Oh ya, fungsi Smart Hub UI yang tersedia pada model ini sangat memudahkan kami dalam menonton file, drama, telemovie di mana semuanya terkumpul dalam satu tempat sahaja.
Lebih menarik mengenai Smart Hub adalah user interface (UI) yang sangat smooth sekaligus memudahkan kami untuk navigasi aplikasi penstriman dengan mudah dan pantas.
Buat para gamer, mungkin model ini antara yang berbaloi anda dapatkan berikutan penyertaan Samsung Gaming Hub yang mengumpul pelbagai game terbaik daripada konsol. Anda juga berpeluang mengaktifkan Boss mode untuk tontonan paparan 4K dengan refresh rate 120Hz.
Mengulas mengenai saiz, model ini sedia ditawarkan dengan empat saiz skrin yang berbeza iaitu 55-inci, 65-inci, 75-inci dan juga 85-inci.
Penawaran saiz skrin yang berbeza ini difahamkan bagi membolehkan pengguna memilih saiz skrin yang ideal untuk tontonan di rumah.
Harga
Mengulas mengenai harga, Samsung sedia menawarkan harga yang istimewa buat para pembeli yang mahu mendapatkan model terbaru Samsung ini.
Samsung Neo QLED 4K sedia ditawarkan pada harga bermula daripada RM7,299 sehingga RM18,599 mengikut jenis saiz model.
Mungkin ada yang berpendapat harga yang ditawarkan agak premium walau bagaimanapun, boleh kami katakan berdasarkan teknologi serta penawaran yang tersedia pada model ini, harga yang ditawarkan adalah berbaloi.
Nak tahu apa yang lebih menarik? Samsung turut menawarkan diskaun buat anda yang mahu mendapatkan Samsung Neo QLED 4K beserta Samsung Soundbar secara serentak.
Bukan itu sahaja, para pembeli turut berpeluang membuat bayaran secara ansuran sehingga 36 bulan tanpa kadar faedah beserta penerimaan Samsung Points sehingga 3 kali ganda. Sokongan wall-mount bracket bernilai RM330 turut diberikan secara percuma.
Sekiranya anda mempunyai televisyen lama di rumah, mungkin ini masanya untuk anda trade-in bersama Samsung kerana Samsung sedia menerimanya dengan harga sehingga RM700 beserta rebat RM600.