Demi kejayaan, sanggupkah anda melakukan perkara yang terlarang?

Tonton menutup tahun ini dengan sebuah naskhah seram thriller berjudul Santau Perempuan Terlarang.

Drama bersiri ini bakal menemui penonton mulai 18 Disember 2025 dan akan bersiaran setiap Isnin dan Khamis dengan satu episod berdurasi satu jam, eksklusif hanya di Tonton.

Santau Perempuan Terlarang, Bila Kejayaan Diimpikan Ada 'Perjanjian Maut'
Sumber Gambar: Tonton

Siri thriller ini fokus kepada watak Iqbal (Nabil Aqil), seorang pelakon yang sudah bertahun bertarung nasib dalam industri namun tetap dipandang sepi.

Casting silih berganti, tetapi kedudukannya tidak berubah, dan yang paling memilukan, watak utama yang diimpikannya sekali lagi jatuh ke tangan Ako Danial (Fadlan Hazim), pelakon sensasi yang sering menjadi rebutan.

Dalam masa yang sama, hubungan dengan tunangnya, Maria (Hanna Aqeela), semakin goyah akibat tekanan hidup dan kerjayanya yang tidak menentu.

Santau Perempuan Terlarang, Bila Kejayaan Diimpikan Ada 'Perjanjian Maut'
Sumber Gambar: Tonton

Ketika situasi itu mula menelan dirinya, rakannya Maman (Amin Iman) mencadangkan agar Iqbal bertemu seorang wanita bernama Sapora (Emma Maembong), yang dikatakan mampu ‘membersihkan aura’ melalui rawatan tradisionalnya.

Sapora dikenali sebagai figura cantik dan lembut tutur kata, sering dipuji kerana kesediaannya membantu sesiapa sahaja yang datang mencarinya.

Sampai ke satu tahap, pertemuan dengan Sapora menjadi titik perubahan hidup Iqbal, seolah-olah seluruh impiannya terbentang di depan mata.

Persoalannya, apakah yang sebenarnya dilakukan Sapora hingga hidup Iqbal berubah sedemikian rupa? Adakah Iqbal sedar akan jerat yang perlahan-lahan membelitnya.

Nantikan Santau Perempuan Terlarang, sebuah kisah yang bernafas melalui rahsia dan bayang-bayang, mula ditayangkan minggu ini, eksklusif hanya di Tonton.