Kepada peminat masakan Thai dan seafood, kami nak cadangkan anda datang ke restoran Sara Tomyam Seafood yang terletak di Cheras Perdana berdekatan Aeon Cheras Selatan.
Kenapa kami cadangkan anda singgah ke sini? Kerana masakan tomyamnya memang sedap dan padu!
BACA: Vocket Makan… Lamb Chop & Mix Grill Bukit Cheras
Hiasan dalamannya simple dan cuba menampilkan elemen kampung supaya dapat menaikkan mood selera pengunjung yang hadir ke restoran ini.
Restoran ini bukan sahaja menyediakan masakan Thai dan seafood, terdapat juga masakan bergoreng, western sertra mee celup.
Kami memesan nasi putih, tomyam campur, somtam, dan sotong goreng tepung.
Tomyam campur penuh dengan isi ayam, udang dan sotong. Siapa yang sukakan masakan Thai pasti ingin mencabar diri sendiri untuk menahan rasa pedas tomyamnya. Kami sampai berpeluh-peluh menghirup kuah tomyam ini.
Somtam ini menggunakan betik muda, udang kering, belacan, tomato, kacang panjang, asam limau, cili api dan kacang tanah. Bila semua bahan ini dicampur, rasanya masam-masam pedas. Yang ini pun buatkan kami berpeluh.
Sotong goreng tepungnya rangup dan enak. Macam makan cucur pula.
BACA: Vocket Makan… Putu Bambu Mama Bandar Tun Hussein Onn
Kami memesan air teh ais dan teh panas. Sekali hirup air teh ini, rasanya sedap dan penuh lemak sebab restoran ini mencampurkan susu cair semasa menyediakan minuman ini.
Kepada yang teringin nak makan tomyam dan seafood bolehlah singgah ke restoran ini seperti info di bawah.
Nama gerai : Sara Tomyam Seafood
Lokasi : Lorong CP 6/50, Taman Cheras Perdana, 43200 Cheras, Selangor, Malaysia (waze)
Waktu beroperasi : Isnin – Ahad 1:00 pm – 2:30 am
BACA: Jom Makan: Aplikasi Bantu Cari Tempat Makan Di Malaysia
BACA juga: The Farm Satay & Grill Alam Damai, Cheras Tempat Wajib Pergi Penggemar Makanan Western