Pelopor muzik reggae dan dancehall tempatan, Sasi The Don, kini kembali dengan buah tangan terbaharu berjudul ‘Oh My Kawan’ yang menampilkan ikon rock tanah air, Dato’ Awie, sempena meraikan penglibatan selama 25 tahun beliau dalam industri muzik.

Single terbitan eksklusif Sony Music Entertainment Malaysia dan Tuff N Loud Worldwide ini mengangkat nilai persahabatan, kebersamaan serta keunikan budaya masyarakat Malaysia.

Lebih menarik lagi, karya ini turut menjalinkan kerjasama strategik bersama jenama kenderaan elektrik (EV), Proton e.MAS, yang menggabungkan elemen muzik, hiburan dan inovasi automotif.

Gabungan Dua Genre Ikonik

Reggae Bertemu Rock: Proton e.MAS Satukan Sasi The Don & Dato' Awie Dalam 'Oh My Kawan'
Lagu ‘Oh My Kawan’ menyatukan dua nama besar daripada latar muzik yang berbeza namun berkongsi minat mendalam dalam bidang seni.

Identiti muzik reggae dan dancehall milik Sasi The Don diadun bersama jiwa rock serta vokal ikonik Dato’ Awie.

Karya ini ditulis, digubah dan diterajui sepenuhnya dari sudut pengarahan kreatif oleh Sasi The Don. Ia tampil dengan susunan muzik yang bertenaga, ceria dan sarat dengan aura positif sebagai ajakan kepada rakyat Malaysia untuk terus menghargai sahabat serta meraikan kenangan sepanjang perjalanan kehidupan.

Kempen ‘Friendship Powered By Proton e.MAS’

Menerusi kempen ‘Friendship Powered by Proton e.MAS’, kolaborasi ini membawa mesej persahabatan ke dalam dunia mobiliti elektrik.

Barisan model, ciri menarik serta teknologi terkini Proton e.MAS turut diketengahkan dalam suasana santai menerusi video muzik rasmi dan kandungan sokongan yang dihasilkan khas.

Menurut Ketua Pegawai Penjenamaan PRO-NET, Puan Salawati Mohd Yusoff, kolaborasi ini mencerminkan usaha untuk mengeratkan lagi hubungan jenama tersebut bersama rakyat Malaysia dengan menyatukan pelbagai generasi melalui muzik dan budaya popular.

Perjalanan Seni 25 Tahun Sasi The Don

Dikenali sebagai antara perintis muzik reggae dan dancehall di Asia, Sasi The Don telah mengabdikan lebih dua dekad dalam mengembangkan genre tersebut di Malaysia dan rantau Asia melalui gabungan rentak Caribbean serta elemen tempatan.

Selain bergelar anak seni, beliau juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan pengasas Rimba Lions Communications Sdn. Bhd., serta mempunyai pengalaman luas dalam strategi kreatif bersama agensi pengiklanan terkemuka seperti Mindshare, McCann dan IPG Media. Melalui ‘Oh My Kawan’, beliau meneruskan aspirasi untuk membawa nama Malaysia ke persada muzik antarabangsa.

Tarikh PelancaranSingle ‘Oh My Kawan’ akan mula distrim di semua platform penstriman muzik utama bermula Jumaat, 20 November 2026.

Video muzik rasmi lagu tersebut juga bakal ditayangkan secara eksklusif di saluran YouTube pada hari yang sama melalui pautan di sini.