Gara-gara seorang jiran tidak membayar hutang Ah Long, satu kejiranan terpaksa menanggung akibat perbuatan beliau.
Begitulah situasi yang ditanggung oleh sebuah taman perumahan yang kini tular di media sosial.
Baca Juga:
- Produk Laku Keras, Ini 5 Perkara Yang Boleh Kita Belajar Daripada Kejayaan Khairul Aming
- Jangan Ulang 5 Kesilapan Kewangan Orang Malaysia Selalu Buat
- Elakkan Diri jadi Mangsa Scam, Ini 12 Pelaburan Emas ‘Trusted’ Yang Patuh Syariah
Menakutkan MO Along sekarang ni, jiran tak bayar hutang, sampai jiran2 sebelah kena simbah cat, ugut nak bakar rumah π₯ pic.twitter.com/MXHNc8tn50
— Nadia π²πΎπ (@nadiazaman__) January 25, 2024
Tidak pasti dimanakah kejadian ini berlaku, namun melalui muat naik oleh @Nadiazaman___ kelihatan beberapa rumah telah menanggung akibat daripada perbuatan jiran.
Selain itu, pihak Ah Long juga bertindak memberi amaran kepada jiran-jiran tersebut untuk mengingatkan jiran mereka agar membayar hutang.
“Ni notis buat korang sebab jiran korang rumah no.*** punya hutang sama kami. Tapi tak mahu bayar, korang sebagai jirannya korang suruh rumah No. *** itu call kami dan settle kan hutang-hutangnya kalau tak korang juga ikut sama,” kata kertas amaran yang diedarkan.
Setakat laporan ini ditulis tiada apa-apa kenyataan daripada pihak berkuasa.