Bagi kebanyakan pelajar asing, Malaysia sering dianggap sebagai syurga pendidikan dengan kos yang berpatutan.

Namun, bagi seorang penuntut universiti antarabangsa mendedahkan realitinya jauh berbeza.

Di sebalik bangunan kampus yang serba moden, tersimpan satu kekecewaan dengan menyatakan kenyataan berani: ‘Saya benci belajar di Malaysia’ di dalam satu temu ramah spontan yang dilakukan oleh sebuah akaun TikTok.

Bukan kerana kualiti silibusnya, tetapi kerana sistem yang seolah-olah mengikat tangan mereka daripada mencari rezeki sampingan demi kelangsungan hidup.

Dia mengiyakan respon si penemu ramah yang menyatakan undang-undang di Malaysia yang ketat di dalam perihal tersebut.

Namun itu sahaja perkara yang dibencinya, sementara perkara lain yang disukai tentang di belajar di Malaysia adalah kos kehidupan asas seperti makanan dan barang atau aksesori yang murah.

Sementara salah satu pelajar perempuan lain pula tidak menyukai makanan Malaysia kerana rasanya mungkin tidak masuk dengan  citarasanya dan seorang pelajar lelaki tidak gemar dengan cuaca yang panas.

Bagaimanapun, majoriti yang lain memberikan respon yang positif termasuk kemudahan awam, rasa selamat untuk golongan wanita, pelbagai seleksi makanan yang sedap, penawaran silibus serta tenaga pengajar yang bagus.

@easyuni1

Nothing much to hate about studying in Malaysia? Let’s find out. #StudyAbroad #StudyinMalaysia #InternationalStudents #StudyinAsia #FYP #EasyUni #StudentInterview

♬ original sound – EasyUni | Study in Malaysia – EasyUni | Study in Malaysia

Dalam pada itu, netizen tempatan langsung menghujani ruangan komen untuk memberi pendapat dalam perihal pelajar antarabangsa yang tidak boleh bekerja di Malaysia.

Menurut netizen, sebab mengapa pelajar antarabangsa tidak boleh mendapatkan pekerjaan sewaktu pengajian adalah disebabkan mahu mengelakkan penyalahgunaan visa.

Tanpa sekatan kerja, ada individu yang mungkin memohon visa pelajar hanya sebagai “pintu belakang” untuk masuk ke sesebuah negara bagi tujuan mencari rezeki (bekerja secara haram).

Sekatan ini memastikan hanya mereka yang benar-benar ingin belajar sahaja yang datang.

Kalau nak kerja sekalipun, sebenarnya boleh sahaja asalkan sanggup meminta kebenaran melalui saluran betul menerusi pihak universiti dan pasti merumitkan.

Seperti garis panduan yang ditetapkan, pelajar antarabangsa hanya dibenarkan pada cuti semester masa cuti panjang antara penggal pengajian serta perlu cuti melebihi 7 hari dan had masa maksimum 20 jam seminggu.

Ada juga membangkitkan tentang peluang pekerjaan untuk warga tempatan akan menjadi lebih terhad dan kompetitif sekaligus menjadi bencana dalam jangka masa panjang.