Semalam, pelakon Harris Anuar telah menjual kuih bangkit menerusi sesi siaran langsung di TikTok. Akan tetapi, dia yang menangis ketika mempromosikan kuih bangkit mencuri tumpuan.

Difahamkan, dia perlu menjual kira-kira 400 stok kuih bangkit sebelum sambutan Aidilfitri bagi membayar balik modal dan bebanan hutang adalah punca mengapa dia menangis.

Baca Juga:

“Saya tolak harga modal (kuih bangkit) untuk saya jual balik dan bayar dekat supplier. Saya buat silap besar saya tak terfikir awal dan saya baru sedar benda tu.

“Itu yang semalam saya menangis breakdown sampai saya tak boleh nak jumpa orang.” ujarnya.

Susulan itu, dia menzahirkan rasa syukur kerana kawan-kawan dan pengikutnya memberi sokongan bagi membantu perniagaannya.