Sebelum ini, sebuah video tular memaparkan seorang pelakon lelaki tempatan yang mirip Aedy Ashraf di sebuah kelab malam sakan berpelukan dan menari serta bercumbu dengan seorang wanita.
Selapas lama berdiam diri, Aedy akhirnya membuka mulut mengenai isu tersebut dengan mengatakan bahawa dia hanya manusia biasa yang menjalani kehidupan sama seperti orang lain.
Baca Juga:
- Isu Kesal Guna Duit KWSP Labur ‘Unit Trust’, Pakar Kewangan Dedah Realiti Sebenar
- ‘Gaji RM2,800 Beli Civic’ – Peguam Dedah Ini Antara Punca Orang Muda Muflis Awal
- Lelaki Ini Dedah Mengapa Kedai Motosikal Lebih Suka Pembeli Buat ‘Loan’ Berbanding Beli Tunai
“Saya hanya manusia biasa, datang dari keluarga yang biasa-biasa, maksud saya bukan warak, membesar di ibu kota dan menjalani kehidupan sama seperti kebanyakkan orang lain.
“Sejujurnya, saya tidak perlu menjelaskan isu ini kepada sesiapa. Saya tidak berhutang dengan sesiapa, kecuali ibu saya.” katanya.
Menerusi laporan, Aedy turut mengambil pengajaran daripada kontroversi yang berlaku untuk tidak sewenang-wenangnya percayakan orang termasuk rakan sendiri.