Sebelum ini, pelakon Aedy Ashraf mendedahkan bahawa dia mengorbankan pelajaran dengan berhenti sekolah ketika tingkatan empat dan memberi tumpuan sepenuhnya kepada bidang lakonan demi membantu keluarganya yang berdepan masalah kewangan suatu ketika dahulu.

Dalam satu laporan, Aedy mengatakan tindakannya itu bukanlah sesuatu yang perlu dibanggakan dan pendedahan tersebut bukan untuk ‘dicontohi’ golongan remaja. Tambahnya, menuntut ilmu di dalam kehidupan sebenarnya tidak akan pernah berakhir.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

“Bagi saya, menuntut ilmu sangat penting dalam hidup kita dan proses ini (belajar) tidak akan pernah berakhir. Cuma, situasi saya tidak bertuah pada ketika itu (remaja) kerana perlu bekerja bagi menyara keluarga.

“Kalau saya ada peluang belajar sebagaimana orang lain dengan kemampuan kewangan yang cukup, saya akan terus belajar menimba ilmu hingga ke tahap tertinggi yang saya boleh pergi sebab pendidikan itu penting,” ujarnya.

Aedy turut menyarankan kepada golongan remaja yang masih bersekolah agar terus belajar sehingga ke peringkat menara gading jika berpeluang kerana ilmu sangat penting dalam kehidupan.

Rahsia tersebut disimpan Aedy selama 13 tahun kerana tidak mahu golongan remaja mengikuti atau terpengaruh dengan jejak langkahnya dan berharap dengan pendedahan tersebut, para remaja di luar sana dapat jadikan ia sebagai iktibar untuk maju dalam kehidupan.

Sumber