Nama Johan ‘Jojo’ Ghazali semakin popular dan menjadi buah mulut orang ramai apabila beliau berjaya mencipta beberapa siri kemenangan dalam menumpaskan lawan beliau di dalam gelanggang ONE Championship.

Oleh kerana itu timbul perdebatan warganet mengenai negeri kelahirannya. Ramai mendakwa beliau berasal dari Kuala Lumpur, ada juga claim beliau anak kelahiran Perak.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Baru-baru ini tular satu klip video penjelasan daripada Johan bagi ‘menamatkan’ perdebatan orang ramai mengenai negeri kelahiran beliau.

Menurutnya orang ramai tidak perlu rungsing daripada mana beliau berasal. Ini kerana beliau bertarung membawa nama Malaysia ke persada dunia, bukanlah nama mana-mana negeri yang ada di dalam negara.

“Kalau anda nak tahu saya berasal dari mana, datuk saya berasal dari Lenggong, Perak. Bapa saya pula membesar di Kuala Lumpur. Sebenarnya saya orang Malaysia.

“Tapi yang paling penting, anda tidak perlu kisah saya berasal dari negeri mana, yang penting saya orang Malaysia. Saya bangga jadi orang Malaysia.

“Saya ada pasport Malaysia. Kalau saya pergi fight mana-mana, saya bawa bendera Malaysia,” jelas Johan.

Menurutnya, beliau memang meletakkan sasaran untuk menaikkan nama Malaysia, bukan naikkan nama satu-satu negeri yang ada dalam negara ini.

Beliau juga menyeru orang ramai patut bersatu padu dan tidak perlu lagi rungsing dari mana negeri asal beliau.

Johan Ghazali juga merupakan  pelajar Tingkatan Lima, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St Thomas, Kuching.

Sejurus kejayaannya menewaskan juara MuayThai Antarabangsa WBC dari Mexico, Edgar Tabares sepantas 36 saat pada Sabtu minggu lalu, Johan menjelaskan beliau akan memberi fokus sepenuhnya kepada Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang akan didudukinya tidak lama lagi.