Baru-baru ini tular di media sosial sebuah video memaparkan tangkap layar perbualan seorang individu bersama Jaafar Onn berkaitan pemilik restoran nasi kukus popular.
Menerusi tangkap layar tersebut, individu yang dipercayai telah ditipu oleh pemilik restoran popular itu telah menghubungi Jaafar Onn yang merupakan duta dilantik pada bulan Mei lalu.
Baca Juga:
- Tinggal Serumah Dengan Bukan Mahram, Jiran Muak Dengan Sikap Semua Ahli YouTuber Terkenal Ini
- Ahli Perniagaan Bakal Bantu Tukang Rumah Ditangkap Curi RM22 Untuk Beli Susu Bayi
- Berlakon Bukan Lagi Keutamaan, Tasha Shilla Kini Lebih Fokus Keluarga Dan Perniagaan
https://www.tiktok.com/@reenramzi/video/7281996862687628545?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7245115589919704577
Apa yang mengejutkan adalah, Jaafar turut mendedahkan bahawa dirinya tidak menerima bayaran daripada syarikat nasi kukus tersebut dan pemilik syarikat bertindak berdiam diri.
Oleh itu, para netizen dilihat telah menyerang ke akaun TikTok jenama itu meminta agar melunaskan bayaran Jaafar kerana kasihan usaha ditabur tidak berbayar.
Hasil pemerhatian kami, akaun TikTok jenama tersebut telah berhenti memuat naik konten menggunakan wajah Jaafar sejak awal bulan September.
https://www.tiktok.com/@reenramzi/video/7275660631569632514
Sebelum ini, pemilik jenama terbabit telah didakwa melakukan penipuan dalam perniagaan dan kes tersebut telah dibawa ke mahkamah dimana pendakwa telah menang kes selepas 3 tahun.
Difahamkan, jenama itu berdepan masalah franchise dan kini dilihat telah menutup beberapa cawangannya. Walau bagaimanapun, belum ada kenyataan rasmi dikeluarkan dari pihak jenama terbabit berhubung kes ini.