Fazura mendedahkan satu lagi perkara yang membuatkan dia terkilan iaitu sikap keluarga mentuanya. Di mana Fazura menyatakan dia sangat terkilan kerana keluarga mentuanya langsung tidak menghubunginya atau Fatima ketika rumah tangganya bergolak.

Fazura yakin keluarga mentuanya tahu tentang krisis rumah tangga dia dan bekas suami Fattah Amin memandangkan ianya menjadi berita yang menjadi sorotan media.

Walaupun terkilan Fazura tetap memaafkan keluarga mentuanya, iaitu ibu bapa Fattah Amin yang dianggapnya sebagai orang yang dia hormati.

Dipetik dari lama Kosmo, Fazura berkata: “Saya memang sayangkan keluarga mentua macam keluarga saya sendiri.

“Tapi saya agak terkilan langsung tiada di antara mereka yang hubungi untuk bertanya khabar saya dan Fatima. Apa pun saya sudah maafkan mereka.”

'Curang Bukan Punca' – Peguam Dedah Sebab Fazura Failkan Cerai Terhadap Fattah
Sumber Gambar: Asyraf Hamzah via NST

Fazura dan Fattah Amin rasmi bercerai selepas 7 tahun mendirikan rumah tangga. Dengan aktres itu mendedahkan bahawa suaminya berlaku curang dan culas membayar nafkah kepadanya dan juga anak mereka Nur Fatima Aisya.

Fattah Amin malah tidak pernah memberikan anak mereka duit raya, tegas Fazura. Fazura mendedahkan dia sudah memberikan peluang untuk Fattah Amin melakukan usaha lebih keras untuk memujuknya tetapi tidak berlaku.

Fazura juga menuduh Fattah Amin berskandal dengan membawa perempuan tersebut naik kereta yang dihadiahkannya kepada suaminya.

Fazura menegaskan dia sudah berusaha sedaya upaya untuk menyelamatkan rumah tangganya. Namun dia gagal.

Fattah Amin agak kecewa dengan tuduhan yang dibuat oleh Fazura. Sambil menyatakan bahawa dia selama ini bekerja di bawah isterinya, sambil menegaskan bahawa kereta yang dimaksudkan Fazura itu adalah kenderaan syarikat yang Fattah Amin bayar ansurannya setiap bulan.

Dipetik dari laman Oh Bulan, Fattah Amin berkata: “Saya nafikan semua dakwaan dia. Jangan main sentimen tidak beri nafkah, saya ada bukti ke mana wang saya dikeluarkan.

“Mungkin dia rasa tidak cukup untuk dia, tapi jangan cakap saya tak bagi nafkah. Nafkah seperti mana kita semua tahu, nafkah adalah perkara asas setakat mana ikut kemampuan.

“Kereta Range Rover dihadiahkan kepada saya? Salah! (bukan hadiah). (Kereta) Itu adalah daripada syarikat kerana saya bekerja dengan syarikat Fazura.

Semua orang tahu saya bekerja dengan syarikatnya. Gaji saya ditolak untuk bayar kereta itu. Janganlah ungkit perkara tidak sepatutnya.