Umum ramai mengetahui ejen takaful tidak lokek untuk berkongsi nombor telefon untuk memudahkan orang ramai menghubungi mereka bagi mendapatkan khidmat nasihat mengenai pelan takaful.

Bagaimanapun, ada yang menghubungi mereka mempunyai niat yang kurang baik, atau lebih buruk lagi individu itu merupakan seorang psiko.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Menerusi hantaran Facebook Afyan Mat Rawi, beberapa ejen takaful menerima gangguan yang sama — di mana ada individu psiko yang menghubungi mereka meminta kebenaran untuk cium stoking.

Menurut salah seorang ejen takaful yang ‘terkena’ dengan gangguan itu, individu terbabit akan menghubungi untuk mendapatkan medical card.

Kemudian individu itu bertanya cara untuk menjadi ejen takaful. Tak lama itu dia akan bertanya sekiranya boleh menjadi kawan secara tiba-tiba.

“Jarang orang nak berkawan tiba-tiba ini. Lepas itu dia cakap nak minta cium sesuatu.

“Bila ditanya nak cium apa, dia menjawab – mahu cium stoking. Aish, pelik budak ini. Lelaki zaman sekarang pun dah tak selamat. Aduhai,” ujar salah seorang ejen takaful terkena gangguan tersebut.

Sumber Gambar: FB Afyan Mat Rawi
Sumber Gambar: FB Afyan Mat Rawi

Apa lebih mengejutkan, beberapa ejen takaful lain tampil menunjukkan tangkap layar perbualan dengan individu psiko yang mahu cium stoking.

Sehubungan dengan itu, Afyan menyatakan sekiranya ada ejen takaful berhadapan dengan situasi yang sama, terus block sahaja nombor telefon itu.

Dalam pada itu, ada warganet menyarankan ejen-ejen yang mengalami gangguan itu segera membuat laporan polis.

“Saya harap tuan-tuan dapat buat laporan polis terus. Ini kes harrasment pada saya. Jangan biar psychopath macam ni berlegar-legar dalam ruangan public tuan. Banyak mudarat dari baik,” kata seorang pengguna media sosial.