Seorang pengurus agensi takaful yang dikenali sebagai Sharipudin mendedahkan semakin ramai pemegang polisi yang membatalkan insurans kesihatan.
Jumlah pembatalan susulan kenaikan harga premium insurans menunjukkan peningkatan ketara.
Baca Juga:
- ‘Leader’ Paksa Beli Kereta RM120,000, Ejen Insurans Ini Pening Kepala Nak Bayar Penyelenggaraan

- Macam Jepun Dan Jerman, Pakar Cadang Malaysia Teliti Model Insurans Perlindungan Kesihatan Bertingkat
- Badan Pemikir Cadang Wujudkan Insurans Kesihatan Negara Guna Caruman KWSP, Ini Caranya

Memetik Sinar Harian, pertambahan itu mula berlaku sejak perhujung tahun lalu sehingga kini.
“Ramai yang tamatkan polisi masing-masing atas alasan tidak mampu lagi hendak membayar kenaikan premium insurans.
“Mereka beri alasan gaji tidak naik tetapi harga insurans terus meningkat. Itulah antara sebab yang diberikan mereka.
“Keadaan ini juga turut memberi kesan kepada syarikat termasuk ejen atau perunding takaful kerana pendapatan mereka juga bergantung kepada pelanggan yang ada,” katan pengurus agensi takaful itu kepada Sinar Harian.
Tambahnya lagi, kebanyakan individu yang membatalkan polisi insurans terdiri daripada mereka yang telah lama membuat pencaruman.
Walaupun disifatkannya sebagai amat merugikan, tetapi pelanggan tiada pilihan kerana bebanan kos yang meningkat.
Tahu insurans penting, tapi keadaan memaksa
Sementara itu, seorang lagi perunding takaful yang dikenali sebagai Firdaus berkata hampir separuh daripada pelanggan yang berada di bawah kendaliannya membatalkan polisi insurans, walaupun masih baharu mencarum.
“Kebanyakan mereka mengakui sedar kepentingan pelan takaful terutama bagi membiayai kos perubatan hospital yang tinggi tetapi dengan kekangan kewangan ditambah dengan kenaikan harga premium insurans membuatkan mereka tiada pilihan lain,” katanya.