Pempengaruh media sosial dan usahawan Thailand, Jinny Chotivichit, telah mendedahkan secara terbuka mengenai kehilangan jam tangan mewahnya di Singapura.

Jam tangan berjenama Richard Mille RM 07-01 yang dianggarkan bernilai sekitar $400,000 (~RM1.6 juta) itu dilaporkan hilang semasa beliau berada di republik tersebut untuk acara Grand Prix Formula Satu (F1) pada 5 Oktober lalu.

Walaupun beliau menjelaskan bahawa kehilangan itu tidak berlaku dalam kalangan penonton F1 yang sesak. Jam itu merupakan sesuatu yang bermakna kerana dibeli hasil dari wang simpanannya sendiri.

Jinny meluahkan rasa terkejut dan kecewa kerana kejadian sedemikian boleh berlaku di Singapura, sebuah negara yang amat beliau kagumi dan anggap sebagai tempat yang selamat.

“Saya merasakan reputasi negara ini yang cukup terkenal dengan keselamatan dan sekuriti yang ketat membuatkan saya merendahkan pengawasan, dan sistem telah gagal melindungi tetamu yang sepatutnya berada di dalam persekitaran yang selamat,” luahnya.

'Saya Sangka Negara Ini Selamat' - Influencer Thailand Kecewa, Jam Tangan RM1.6 Juta Dicuri di Singapura
Sumber Gambar: TikTok

Beliau menyatakan bahawa beliau telah memfailkan laporan polis berhubung kecurian itu, namun beliau telah menunggu lebih daripada sebulan untuk mendapatkan sebarang perkembangan atau kemajuan yang signifikan daripada pihak berkuasa.

Pihak Polis Singapura telah mengesahkan laporan tersebut dan memberitahu bahawa siasatan lanjut sedang dijalankan.

@jinnychotivichit

400k sgd richard mille watch was stolen in singapore

♬ original sound – Jinnychotivichit – Jinnychotivichit

Jinny, yang merupakan bekas penyanyi pop dan kini memiliki pengikut yang ramai di media sosial, telah bekerjasama sepenuhnya dengan siasatan dan meminta sesiapa sahaja yang mempunyai maklumat atau kontak dalam komuniti dagangan jam tangan mewah untuk menghubunginya bagi mengesahkan nombor siri jam tangan yang dicuri itu.