Nak melancong ke sesebuah negara, adakalanya sebahagian etnik mahupun bangsa mempunyai perasaan risau kerana wujud diskriminasi yang masih terpahat di dalam sesesetengah masyarakat di luar sana.

Inilah yang diluahkan oleh seorang lelaki berkulit gelap yang berasal dari Amerika Syarikat yang mana dia pada mulanya mempunyai jangkaan yang rendah terhadap Malaysia dan layanan masyarakat terhadapnya susulan perbezaan warna kulit.

Namun, segala jangkaan negatif itu meleset selepas dirinya datang melawat ke sini dan mengalami sendiri bagaimana layanan rakyat Malaysia dan juga melihat bandar metropolitan yang serba moden di sini.

Walaupun bandar kita tampak moden dan kaya dengan budaya, bagi Pernell layanan warga tempatan jauh lebih mengujakan kerana tidak boleh didapati di mana-mana negara lain.

Di sini, dia sangat disantuni oleh masyarakat dan orang ramai sudi memberi bantuan pada bila-bila masa tanpa mengira latar belakang atau warna kulit.

Malah, dia gembira mendapati rakyat Malaysia lebih mudah untuk berkomunikasi dan peramah, yang mana tidak terjadi di negara AS kerana masyarakatnya lebih mementingkan diri sendiri apatah lagi masih ada sifat rasis warna kulit.

Dalam pada itu, Pernell turut mendedahkan bagaimana dia boleh menjadi diri sendiri dan tidak berasa keseorangan di tempat awam walaupun bersendirian. Dia percaya warga temparan boleh menerimanya dan sentiasa terbuka memberi bantuan jika dalam kesusahan.

Di dalam kapysyen video, dia berkata “”Kerana di sini, kebaikan bukanlah satu lakonan — ia adalah tetapan asal.
Dari orang asing yang melayanmu seperti keluarga, sehinggalah makanan yang memeluk jiwamu, Malaysia bukan sekadar menyambutku — ia menyembuhkan sesuatu.”

@terrypernell

Replying to @ans.s | 🇲🇾🇵🇸 Why do I love Malaysia? Because here, kindness isn’t a performance — it’s the default setting. From strangers who treat you like family to food that hugs your soul, Malaysia didn’t just welcome me — it healed something. This is Part 1 of my honest experience. No script. Just truth. 🇲🇾❤️ #travelwithterryp #solotravel #whyi💖Malaysia #malaysi

♬ original sound – EducationMalaysia – EducationMalaysia

Oleh itu, dia menyatakan dirinya sudah jatuh cinta dengan Malaysia dan ini terjadi disebabkan hospitaliti rakyat Malaysia yang sangat bagus terhadap pelancong.

Perhel turut memuji makanan Malaysia yang didakwa tersangat sedap untuk dinikmati oleh pelancong yang datang ke sini.

Menariknya, dalam video terbarunya, dia kini sudah memiliki alasan lain mengapa semakin gian datang ke Malaysia adalah kerana sudah terjatuh hati pula dengan bun jenama tempatan iaitu Rotiboy.