Kontroversi yang melibatkan keluarga Shila Amzah telah menjadi bualan ramai dan Amir Syahir telah membuat keputusan untuk tidak masuk campur kemelut yang melibatkan ibu bersama adik-beradiknya.

Menurut laporan, adik kepada Shila Amzah itu mengatakan bahawa dia masih tinggal bersama ibu, abang dan adiknya di rumah yang sama dan hubungan juga masih tidak berubah.

Baca Juga:

“Saya takde hak nak ulas tentang isu itu. Ia berkait dengan kakak dengan mereka. Kalaupun saya beri komen, isu ini tak kemana juga.” ujar Syahir

Menurutnya, ketika ini dia lebih selesa untuk memberikan fokus kepada Famili Duo dan hanya berkomunikasi apabila perlu sahaja memandangkan masanya lebih banyak dihabiskan bersama Shila dalam persiapan menyertai pertandingan itu.

Sementara itu, Shila mengatakan bahawa ketika ini dia memilih untuk berdiam diri daripada mengulas isu terbabit dan berharap agar kemelut itu akan segera berakhir.