Adakah anda seorang penulis, suka berfikir, atau mempunyai mesej untuk dikongsi? YouthSAYS menyeru semua generasi muda untuk menyumbang buah fikiran, artikel dan penulisan kreatif dan berpeluang diterbitkan di SAYS, salah satu platform belia terkemuka di Malaysia.
Dilancarkan oleh SAYS, ini adalah peluang untuk anak muda Malaysia mempengaruhi, memberi inspirasi dan membuat perubahan dalam komuniti untuk masa depan.
Baca Juga:
- Anak Muda Malaysia Menang Pertandingan Adobe Certified Professional World Championship 2024
- 5 Tip Penting Yang Anak Muda Perlu Tahu Sebelum Beli Rumah Pertama
YouthSAYS mengalu-alukan berbagai perspektif mengenai topik yang berbeza; daripada pengalaman peribadi kepada isu sosial, hobi, minat, atau petua untuk menjalani kehidupan yang lebih baik, ini adalah peluang untuk belia menyuarakan pendapat mereka.
Terbuka kepada semua pelajar berumur 15 hingga 25 tahun, peserta digalakkan untuk mengemukakan penulisan asal mereka.
Karya terpilih akan diterbitkan di SAYS, dan akaun media sosial rasmi kami, termasuk Facebook, Instagram, TikTok, dan X. Selain itu, penulis yang dipilih juga akan menerima barangan eksklusif dan hadiah daripada penaja.
Anda boleh layari laman rasmi SAYS di sini untuk menghantar karya penulisan atau e-mel ke [email protected] untuk mendapatkan maklumat lanjut. Jom!