Boleh dikatakan pada saban hari ada sahaja laporan kes penipuan di dalam talian yang membuatkan ramai merasa bengang dengan individu disebalik jenayah terancang itu.
Amat jarang sekali, kita mendengar kisah suspek dibawa ke muka pengadilan dan menerima pampasan ke atas kerugian yang dialami oleh mangsa.
Bagaimanapun, seorang pengguna X dengan identiti dirahsiakan berkongsi satu kisah unik di mana si penipu menerima balasan yang setimpal ke atas perbuatan yang dilakukan sebelum ini.

Pengguna X memulakan cerita dengan mengatakan dirinya telah ditipu baru-baru ini lantas sudah membuat laporan polis dan bank serta menghubungi Talian Respon Scam Kebangsaan 997, dalam usaha mendapatkan semula wang yang dikebas oleh suspek.
Difahamkan dengan tindakan pantas itu, akaun bank peribadi si penipu telah disekat oleh pihak penyedia.
Susulan itu, suspek kini mengakui kesilapannya dan cuba memujuk mangsa agar menarik laporan polis agar boleh memulihkan semula akaun bank tersebut.
Bagaimanapun, si mangsa berbelah bahagi pada ketika ini kerana pernah berkata dirinya akan menarik laporan jika wang dikembalikan semula oleh suspek.
Hal ini kerana suspek sudah pun mengembalikan wang yang pernah ditipu kepada mangsa.
Jadi, kini menjadi persoalan sama ada dia perlu mengekalkan laporan itu ataupun menepati janji yang dirinya akan menarik laporan selepas menerima.
Ikut ang nak tarik ka tak. Tak tau sgt refer la dengan polis.
Afnan 9pm Rebel Eau De Parfum 100ml Fragrance For Men & Women (Rej 3D) https://t.co/jLIgTtdp3X https://t.co/adfliFtKqZ pic.twitter.com/hadRsr1Chb
— 🔺meingl🔻 (@meinmokhtar) March 25, 2025
Menjengah ke ruangan bebenang itu, orang ramai berpuas hati dengan pengakhiran kisah ini dan menasihati mangsa untuk tetap mengekalkan laporan polis itu yang mana bakal menjadi pengajaran yang mahal di dalam kehidupan scammer terbabit.
Ada juga merasa bengang apabila memikirkan sudah berapa ramai individu di luar sana yang menjadi mangsa tetapi tidak mendapatkan keadilan serta wang yang hilang itu.


Oleh sedemikian, netizen merasa tidak layak buat scammer itu cuba memujuk mangsa kerana pasti akan melakukan aktiviti jenayah terbabit apabila laporan ditarik nanti.