Pelakon senior, Azhar Sulaiman telah berkongsi video pendek di Instagram miliknya memaparkan keadaan dirinya berlakon sebagai seorang penagih dadah.

Menerusi video terbabit, dapat dilihat keadaan Azhar terlihat tidak terurus dan wajahnya sedikit cengkung seperti seorang penagih dadah.

Baca Juga:

Bukan itu sahaja, watak yang dibawa Azhar seolah-olah merasuknya apabila bahasa tubuh yang ditunjukkan sama seperti penagih dadah.

Susulan perkongsian video terbabit, rata-rata netizen memberikan pujian kepada Azhar kerana lakonannya nampak ‘real’ dan para netizen mengatakan Azhar menjiwai watak dibawanya.

Malah, ada juga netizen mengatakan Azhar membuat ‘homework’ untuk melakonkan watak tersebut dan inilah kualiti yang ada pada pelakon lama berbanding pelakon baru sekarang.