Ebook kini semakin popular dalam kalangan usahawan tempatan. Dengan teknologi masa kini, menghasilkan ebook menjadi lebih mudah berbanding dulu. Saya rasa ramai usahawan tempatan mula menyedari tentang kepentingan content marketing.

Dulu, saya selalu tertanya-tanya: “Kenapa banyak international online business owners suka sangat jual ebook?” Sekarang ini, baru saya tahu bisnes model yang ada ebook sebagai salah satu produk atau sebagai medium untuk marketing sangat powerful. Kenapa?

Ini sebabnya:

1. Overload Data/Informasi

Bila seseorang menghadapi sesuatu insiden atau isu, selalunya, mereka akan tanya ‘Mr. Google’. Contohnya, kalau anda perlukan tips untuk online marketing bagi bisnes anda, mesti anda akan Google saja kan? Semua informasi itu hanya di hujung jari anda.

Tapi informasi yang Google cadangkan tak semestinya semua berguna untuk anda. Sesetengahnya mungkin relevan untuk anda, tapi sesetengahnya mungkin tak relevan untuk anda.

Dengan menghasilkan ebook, anda boleh membantu target market anda dengan menyaring segala overload data dan informasi di Google. Di samping itu, you will be seen as an expert in that specific area. Jadi, target market anda akan lebih mempercayai anda dan juga bisnes anda.

2. Kos Efisyen

Menghasilkan ebook kini lebih mudah sebab prosesnya semakin mudah. Anda tidak perlukan banyak modal untuk menghasilkan ebook. Modal anda hanyalah masa dan kos marketing yang amat minimum.

Dengan tunjuk ajar semua sifu-sifu marketing, anda boleh mengoptimumkan kos marketing anda. Jika anda tidak mahir dalam designing (bagi memastikan kandungan ebook anda interaktif), anda mungkin perlukan bantuan seorang designer. Tak pun, cari saja templat-templat ebook yang jauh lebih murah berbanding mengupah seorang designer.

Tapi bagi proses membuat content research dan menulis ebook, ianya boleh dilakukan oleh anda sendiri atau upah ghost writer jika tidak cukup masa untuk menyiapkannya. Anda juga tak perlukan penerbit untuk ebook anda.

Anda boleh menulis ebook dengan hanya menggunakan Microsoft Office (Word atau PowerPoint) yang sememangnya mudah digunakan dan saya rasa, semua orang ada dalam komputer atau laptop mereka. Kemudian, boleh terus save dalam format PDF.

Jadi, memang tak banyak modal diperlukan untuk menghasilkan sebuah ebook. Jika anda betul-betul fokus, anda boleh siapkan ebook anda dalam masa sehari hingga sebulan (bergantung pada pace anda).

3. Pemasaran Bisnes

Ebook selalunya dikaitkan dengan content marketing. Manusia kini dahagakan informasi yang relevan untuk mereka. Jika bisnes anda menghasilkan ebook, InsyaAllah anda boleh membina kredibiliti anda dalam industri anda. Anda akan dapat kepercayaan dari target market dan menarik lebih banyak trafik ke Facebook Page mahupun website bisnes anda.

4. Pendapatan Pasif

Menghasilkan pendapatan secara pasif semestinya menjadi impian kita semua. Dengan ebook, impian tersebut boleh menjadi kenyataan. Anda hanya perlu bekerja keras pada permulaannya untuk menghasilkan sebuah ebook. Kemudian, buat pemasaran secara online sahaja. Langkah terakhir adalah meraih pendapatan secara pasif. Duit masuk walau di mana pun anda berada.

5. Go Green

Apa kata kita selamatkan pokok-pokok dengan menghasilkan ebook. Jom kita sama-sama sokong kempen Go Green demi menyelamatkan bumi kita untuk generasi akan datang. Ebook yang dihasilkan berformat digital. Tidak perlu dicetak dalam sebuah buku fizikal. Malah lebih memudahkan kerana anda boleh lakukannya sendiri. Hanya save dalam format PDF atau format digital yang lain seperti Kindle.

No wonder international online business owners suka sangat model bisnes ini. Jadi, apa tunggu lagi, jom kita sama-sama kembangkan dan tambah pendapatan bisnes kita dengan menghasilkan ebook. Lagipun, masih tak ramai lagi usahawan tempatan yang hasilkan ebook. Apa kata, kita masuk market ini sebelum market ini lebih banyak persaingan.

Baca: 7 Perkara Yang Anda Patut Buat Sebelum Berbisnes Di eBay