Mulai 26 hingga 28 Oktober ini, Malaysia sekali lagi menjadi tuan rumah bagi Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47.
Bertempat di ibu kota Kuala Lumpur, banyak jalan-jalan sudah ditutup dikawal ketat oleh pihak PDRM, sehingga menyebabkan kesukaran buat rakyat yang bekerja di sekitar kawasan acara tersebut.
Baca Juga:
- Sidang Kemuncak ASEAN: Senarai 102 Sekolah PdPR, BDR

- Sidang Kemuncak ASEAN: Trump, Pemimpin Dunia Lain Datang, KL ‘Lockdown’

Perkara ini membuatkan ramai tertanya-tanya mengapa acara sedemikian tidak dianjurkan di Putrajaya yang jauh lebih luas daripada Kuala Lumpur.
Dalam satu temu bual yang dikongsikan TikTok @mknselangor, Menteri Luar Negeri, Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan tampil memberi jawapan berhubung persoalan ramai itu.
Menurut beliau, jumlah kemudahan penginapan di Kuala Lumpur mencukupi untuk para delegasi ketua-ketua negara menginap di sini, jika dibandingkan di Putrajaya.
@mknselangor Replying to @budusinggang12 Kenapa Persidangan ASEAN Dibuat di Kuala Lumpur Bukan Putrajaya? Jom dengarkan penjelasan daripada YB Dato’ Seri Mohamad Hasan, Menteri Luar Negeri. Kredit video ; kamilcarlos2911 #sidangkemuncakasean2025 #AseanMalaysia2025 #KualaLumpur #ASEAN #fyp
“Banyak orang tanya kenapa tak buat di Putrajaya, kenapa buat di Kuala Lumpur?
“Putrajaya itu kemudahan kediaman tidak mencukupi. Sebab ketua-ketua negara ini dia nak duduk di hotel.
“Bilangan jumlah hotel cukup di kawasan sekitar KLCC. Jadi mudah untuk kita mengadakan persidangan di KLCC kerana tempat kediaman kepada tetamu negara yang banyak di kawasan tersebut. Insha Allah,” jelas Tok Mat.