Lalu lintas di pusat bandar Kuala Lumpur akan ditutup sepenuhnya apabila Malaysia menjadi tuan rumah Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 minggu depan, yang dijangka dihadiri oleh Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump serta beberapa pemimpin dunia lain.
Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan, memberitahu media bahawa polis akan berada dalam keadaan lebih berjaga-jaga dari 23 hingga 28 Oktober, petik New Straits Times.
Baca Juga:
- Apa Prabowo ‘Sembang’ Dengan Trump?

- Ekoran Trump Gertak Naik Tarif, Syarikat Gergasi Teknologi Hilang $770 Bilion Dalam Sekelip Mata

- Cadangan Trump Lebih Kepada Ugutan, Kerana AS Dan Negara Haram Ada Agenda Sama, Kata Tun Mahathir

“Polis akan menugaskan kira-kira 16,000 anggota dari seluruh negara, terutamanya dari negeri-negeri berdekatan dengan Kuala Lumpur, mulai 23 Oktober bagi membantu dan melancarkan aliran trafik.
“Pusat Bandaraya Kuala Lumpur akan ditutup sepenuhnya, dan pihak polis tidak akan berkompromi dalam soal keselamatan,” katanya pada sidang media tersebut.
Sidang kemuncak itu dijadualkan bermula pada 26 Oktober.