Dilaporkan sebanyak 727 aset dan  barangan milik Datuk Seri Vida kini dalam senarai sita untuk tujuan lelongan.

Ini selepas jutawan kosmetik yang juga pempengaruh media sosial itu gagal melangsaikan hutang yang tertungggak sekitar RM1.06 juta kepada syarikat Ah Design Communication.

Menurut laporan mStar, proses menyita barangan dan aset dibuat pada Isnin di banglo 3 tingkat milik DSV berlokasi di Meru.

Ketika proses penyitaan, Datuk Seri Vida tidak berada di rumahnya. Kerana masih di luar negara.

Selain daripada 4 kereta mewah miliknya, barangan di dalam rumahnya termasuk meja makan, monitor, pasu bunga, air cond, sofa, set karaoke dan banyak lagi, telah disita.

4 Kereta Mewah Datuk Seri Vida Disita Kerana Hutang Lebih RM1 Juta

Anda boleh rujuk senarai penuh itu di pautan artikel ini: Senarai penuh 727 barangan milik Datuk Seri Vida disita untuk dilelong.

Kesemua barangan yang disita ini akan dilelong pada satu acara lelongan pada 9 Disember hadapan.

Peguam Vida menyatakan bahawa proses sitaan dan lelongan itu akan dihentikan sekiranya Datuk Seri Vida berjaya menyelesaikan perkara itu dalam masa terdekat.

Pihak Ah Design Communication menuduh Vida sudah tidak membayar tunggakan bayaran kepada mereka bernilai lebih sejuta ringgit itu sejak 2018 lagi.

Datuk Seri Vida sebelum ini menuduh Ah Design Communication sebagai tidak profesional.

Di mana menurutnya syarikat itu telah ‘enjoy’ sebahagian wang yang sudah dibayar kepada mereka namun kerja kerja masih belum siap.

Datuk Vida Dedahkan Kontraktor Dah Enjoy Makan Duit Dulu Namun Kerja Tak Siap

Datuk Seri Vida berterima kasih kepada semua yang terus menyokongnya. Dan dia yakin bahawa keadilan akan memihak kepadanya.

Datuk Vida menganggap semua yang berlaku sebagai ujian walaupun akui ianya aib bagi dirinya. Namun dia yakin segalanya ada hikmahnya.