Terdahulu, pernah tular menu pelik straw Coffee Bean dijadikan pasta dan banyak lagi menu pelik yang pernah tular menjadi ikutan ramai.
Terbaharu, seorang pengguna TikTok dari Singapura ini telah berkongsi sebuah video memaparkan dirinya menikmati sarapan pagi dengan bijiran Koko Krunch dengan kari ayam.
Baca Juga:
- Lelaki Ini Dedah Mengapa Kedai Motosikal Lebih Suka Pembeli Buat ‘Loan’ Berbanding Beli Tunai
- Ini Rahsia Bangsa Cina Simpan Duit Yang Semua Orang Boleh Ikut
- Lelaki Ini Kongsikan Cara Beli Kereta Terpakai Di Bawah ‘Market Value’
@foodmakescalhappy Curry Cereal! 🧡🧡🧡 #sgfoodie #cookinghacks #easyrecipes #breakfastideas #cereal
Menerusi video terbabit, dia mengatakan gabungan rasa bijiran dan kari tidaklah seteruk yang disangka, sebaliknya sedap kerana rasa pedas dan manis daripada kari itu membuatkan ia unik.
Video tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen turut menzahirkan rasa pelik melihat kombinasi bijiran bersama kari ayam.
Bukan itu sahaja, ada juga netizen mempersoalkan tindakan lelaki itu yang tampil dengan menu pelik dan ada juga netizen yang mahu mencuba menu terbabit.