Siapa sangka, Ikan Patin Masak Tempoyak dikatakan menjadi juadah kegemaran rata-rata rakyat Malaysia kerana akan kesedapannya yang membuatkan sekali makan mesti tambah berkali-kali.
Bella cuba Kancil Raja Patin yang bertapak di Danau Kota dan order terus dua menu killer iaitu Gulai Patin Tempoyak dan Pais Patin Tempoyak. Sekali makan, memang tip-top rasanya. Memang original resepi turun temurun dengan 13 jenis ramuan rahsia digunakan.
Nak tahu kesedapan bagaimana rasanya Kancil Raja Patin ini? Mari saksikan Vocket Makan bersama Bella.