Di sebuah tempat bernama Al-Araby Matha’am, anda akan dibawa merasai sendiri keenakan juadah dan budaya orang arab tanpa perlu pergi jauh ke negara Timur Tengah.
Untuk merasai sendiri pengalaman ini, Vocket Makan bersama-sama dengan Bella bertandang ke Al-Araby Matha’am. Apa yang menariknya Bella terkesima dengan hasil air tangan masakan dari negara Arab yang sememangnya sungguh melazatkan.
Daripada Sup Dalam Roti sehinggalah set dulang Mix Shiniah yang menggabungkan Chicken Mandy dan Lamb. Anda mahu tahu tentang rasa keenakannya? Tonton episod Vocket Makan kali ini.