Minggu lalu, kita dikhabarkan dengan berita bencana banjir terburuk berlaku di Selangor dan beberapa negeri lain. Malah, boleh dikatakan ramai yang tidak bersedia untuk berdepan dengan bencana ini.

Terbaharu, sebuah group di Facebook iaitu Urban Preppers Malaysia telah menjadi perhatian ramai sejak berlakunya bencana banjir ini. Untuk pengetahuan anda, group ini dicipta untuk ahlinya berkongsi idea dan pendapat berkaitan persediaan berdepan keadaan kecemasan.

Sedar Kepentingan Persediaan Bencana, 'Group Urban Preppers Malaysia' Kini Jadi Perhatian Netizen

Menerusi group ini, antara persiapan yang perlu anda ada adalah dari segi pengetahuan, skil dan juga peralatan bantuan yang anda perlukan. Malah, ramai juga berkongsi makanan yang sesuai disimpan untuk persediaan sebarang kemungkinan.

Tidak hanya itu, ada juga ahlinya yang bertanya apakah persiapan lain yang perlu dilakukan untuk berdepan situasi kecemasan dan tidak terjangka. Dapat dilihat juga, ada ahli group yang berkongsi tip sebelum dan semasa berdepan keadaan kecemasan.

Sedar Kepentingan Persediaan Bencana, 'Group Urban Preppers Malaysia' Kini Jadi Perhatian Netizen

Sedar Kepentingan Persediaan Bencana, 'Group Urban Preppers Malaysia' Kini Jadi Perhatian Netizen

Sedar Kepentingan Persediaan Bencana, 'Group Urban Preppers Malaysia' Kini Jadi Perhatian Netizen

Pastinya orang ramai sudah sedar akan kepentingan untuk bersedia menghadapi situasi kecemasan selepas berlakunya bencana banjir baru-baru ini. Bagi mereka yang ingin menyiapkan diri berdepan situasi tidak terjangka boleh sertai group ini di Facebook.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel berkaitan bencana banjir pada pautan di bawah ini. 

Status Halal Jadi Pertikaian Segelintir Netizen, Dr Zulkifli Jawab Isu Makan Masakan Gurdwara

Sering Berdepan Bencana Banjir, Lelaki Ini Kongsi 7 Barangan Mudahkan Proses Bersihkan Rumah

Lokasi Majlis Dijadikan Pusat Penempatan Banjir, Netizen Terharu Pasangan Pengantin Ini Sedekah Lauk Kenduri