Pemain tengah Tottenham Hotspur, Yves Bissouma digantung selepas tular rakaman video yang menunjukkan pemain itu menyedut ‘gas ketawa’.

Tottenham mengambil langkah itu sebelum perlawanan pembukaan saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini menentang Leicester City meskipun Yves telah meminta maaf ekoran tindakannya yang tidak profesional.

Baca Juga:

Memiliki nitrus oksida – juga dikenali sebagai gas ketawa atau NOS – untuk kegunaan rekreasi telah menjadi kesalahan jenayah di United Kingdom sejak 2023 dan boleh mengakibatkan hukuman penjara dua tahun.

“Kami telah menggantung Yves Bissouma daripada perlawanan Isnin ini,” kata bos Tottenham, Ange Postecoglou.

“Selain itu, terdapat juga proses untuk membina kepercayaan yang perlu berlaku antara Biss dan saya, serta Biss dan rakan sepasukan. Itulah yang dia perlu lakukan mulai mulai sekarang – untuk cuba memenangi tempat dalam skuad utama.

“Pintu terbuka untuknya dan mudah-mudahan, kami dapat membantunya menyedari keputusan yang dia buat memberi impak lebih daripada apa yang dia bayangkan. Semoga perkara ini membolehkan dia membuat keputusan yang lebih baik untuk bergerak ke hadapan.

Bissouma beraksi selama 45 minit ketika perlawanan pra musim menentang Bayern Munich sebelum video beliau tular di laman media sosial.

“Saya sudah lama dalam sukan ini dan setiap kali situasi seperti ini timbul, saya cuba untuk melihat mereka dalam beberapa cara yang berbeza,” kata Postecoglou.

“Salah satunya, ada orang yang terlibat dan dalam kes ini, Biss terlibat dimana dia membuat keputusan yang sangat buruk. Masih terdapat sekatan yang terlibat, dan sebahagian daripadanya termasuk pendidikan.

“Bahagian kedua ialah dia seorang pemain bola sepak dan dia mempunyai tanggungjawab. Dia mempunyai tanggungjawab kepada kelab, rakan sepasukan, penyokong kami dan semua orang yang berkaitan dengan kelab dan dia gagal dalam tugas itu, jadi perlu ada sekatan untuk itu,” tambah Ange.