Penyanyi Pop dan R&B Malaysia, Hael Husaini menjadi bualan ramai selepas meninggalkan komen di akaun Instagram milik seorang selebriti gay terkenal dari Thailand, Gulf Kanawat.
Disebabkan komen itu, Hael menjadi bualan hangat netizen malah mendakwa Hael ingin mencuri hati pelakon gay tersebut. Hael dan Gulf dikatakan bertemu pada acara Onitsuka Tiger di Tokyo, Japan bersama selebriti popular yang lain.
Baca Juga:
- Gaji Cukup-Cukup Makan? Ini 5 Idea Untuk Anda Cari Duit Tepi
- Duit KWSP RM700,000 ‘Licin’ Dalam Masa Tiga Tahun, Bapa Salahkan Anak Tak Bagi Duit
- Isu Kesal Guna Duit KWSP Labur ‘Unit Trust’, Pakar Kewangan Dedah Realiti Sebenar
Hael atau nama sebenarnya Hael Husaini Bin Razmi juga menitipkan pesan buat Gulf di Instagram agar tidak meninggalkan makan malam. Dalam pada itu, penyanyi berumur 33 tahun itu turut membuat pesanan agar dapat berjumpa lagi dengan Gulf pada masa akan datang.
Menerusi ruangan komen, ramai netizen yang cemburu dengan perjumpaan mereka di acara itu dan mengatakan Hael beruntung dapat bertemu dengan pelakon kacak dari Thailand itu.
Segelintir netizen juga mengusik dan mengejek Hael kerana mengambik berat tentang Gulf seolah olah Hael ‘mengorat’ Gulf.
Untuk pengetahuan, Gulf Kanawut mempunyai ura-ura mempunyai hubungan dengan pelakon terkenal Thailand, Mew Suppasit yang membintangi drama gay, Tharn Type: The Series.