Port Dickson merupakan antara destinasi pilihan orang ramai untuk melancong bersama keluarga. Bukan sahaja kerana destinasinya yang strategik, tetapi keindahan pantainya membuatkan anda melupakan keresahan di ibu kota.
Terbaharu, SEGAR City telah dibuka di Port Dickson. Apa itu SEGAR City? Ia adalah merupakan taman rekreasi terbesar di Port Dickson yang pastinya bakal menjadi tempat yang anda harus kunjungi ketika berada di Port Dickson.


Lebih menarik, salah satu tarikan adalah ‘Wild West Cowboy’ dimana ia hadir dengan taman hiburan yang sesuai untuk kanak-kanak dan orang dewasa. Antara permainan di taman hiburan tersebut adalah Drift Cart dan terdapat juga pawagam 5D yang efeknya hampir sama dengan pawagam 4DX.
Selain itu, bagi anda yang gemar bergambar, anda boleh mengambil gambar di muzium 3D dan pasti anda akan memiliki gambar ‘awesome’ untuk dikongsikan nanti.

Escape Room merupakan antara tarikan yang menarik buat mereka yang ingin mencabar diri mereka. Jika anda penggemar permainan yang menguji minda, anda boleh mencuba Escape Room ini.
Bagi anda penggemar sukan lasak, anda mungkin boleh mencuba untuk bermain ‘flying fox’. Menarik bukan? Jika anda ingin anjurkan team building di sini pun agak sesuai kerana pelbagai aktiviti menarik boleh dilakukan di sini.

Harga tiket masuk adalah bermula daripada RM31 untuk dewasa dan RM21 untuk kanak-kanak. Dikhabarkan pada 9 September 2019 ini, pihak Segar City tawarkan promosi harga tiket. Untuk maklumat lanjut anda boleh layari laman sesawang SEGAR City.
Kini, jika ke Port Dickson anda boleh singgah ke SEGAR City untuk meluangkan masa bersama keluarga anda. Di bawah ini kami listkan tempat menarik yang anda boleh pergi di Malaysia.
Skytrex Di Sungai Congkak, Hulu Langat Tarikan Terbaharu Buat Penggemar Sukan Lasak
10 Senarai Tempat Berlatar Belakangkan Bangunan KLCC Yang Boleh Anda ‘Chill’