Kecoh sejak akhir-akhir ini apabila tular sebuah surat yang memaklumkan ahli lemba pengarah Syarikat Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) dilaporkan menerima RM10,000 seorang.

Bukan itu sahaja, Setiausaha mula dilaporkan menerima RM2,000 seorang manakala warga syarikat yang lain pula menerima RM200 seorang.

Pemberian sagu hati sempena Hari Raya Aidil Fitri yang berlangsung baru-baru ini sedikit sebanyak telah menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan netizen yang tidak kecewa dengan kualiti air di Kelantan.

Menerima pelbagai respons dan komen di kalangan netizen, Facebook Urus Setia Penerangan dan Komunikasi Negeri Kelantan tampil berkongsi jawapan balas daripada AKSB.

Difahamkan pemberian AKSB pada Aidil Fitri baru-baru ini merupakan amalan biasa yang dilakukan setiap tahun dalam meringankan warga syarikat. Malah, pemberian tersebut dibuat mengikut prosedur kewangan dan diluluskan oleh Lembaga Pengarah iaitu Badan Tertinggi sesebuah syarikat.

Meskipun mungkin ada salahnya dalam pemberian, para netizen turut mempertikai kewajaran memberi sagu hati sehingga RM10,000 di saat ramai rakyat Kelantan terkesan dengan isu air kotor. Berikut merupakan respons netizen terhadap maklum balas AKSB.

Menurut para netizen, para ahli lembaga pengarah sudah mempunyai gaji tetap penjawat tetap dalam jawatan masing-masing di mana mereka tidak lagi memerlukan bonus tambahan.

Selain itu, terdapat juga netizen yang mendakwa isu pemberian bonus ini bukanlah perkara yang baru malah sudah berlarutan selama 30 tahun.