Sebahagian pengguna jalan raya antara Glenmarie dan Subang Jaya terkejut apabila berhadapan dengan segerombolan lembu berada di tengah jalan pada awal pagi semalam.
Menerusi hantaran video TikTok @volvobyfadli, ketika dia dalam perjalanan untuk pergi pejabat, hampir sepuluh ekor lembu sedang duduk di tengah-tengah lorong kanan kawasan selekoh.
Baca Juga:
- Budak Perempuan Melambung Disondol Lembu Terlepas, Netizen Persoal Aspek Keselamatan Ibadah Korban
- ‘Macam Tak Sihat Je’ – Netizen Kesian Lembu Kurus Kering Dijadikan Korban
- ‘Rasa Macam Hati Lembu’ – Wanita Malaysia Ini Kongsi Resipi Masak Daging Ikan Paus Berlado
Kenderaan yang berada di lorong kanan terpaksa menukar lorong untuk mengelak bertembung daripada haiwan ternakan itu.
@volvobyfadli Kejadian pagi tadi semasa on the way masuk office. Kelihatan lembu duduk santai Di tepi jalan antara Subang Jaya ke Glenmarie. #subang #glenmarie #lembu #santai
Keberadaan lembu-lembu di kawasan itu membuatkan warganet tertanya-tanya bagaimana haiwan itu berada di situ.
Pada masa sama netizen mempersoalkan siapakah pemilik lembu-lembu tersebut yang sambil lewa membiarkan haiwan itu berkeliaran sampai ke tengah jalan.
Fadli berkata kawasan selekoh itu agak berbahaya kerana sudah beberapa kali berlaku kemalangan. Lebih-lebih ketika waktu hujan.
Menurut pengguna lain laluan tersebut, tiada lagi kelibat lembu-lembu itu pada waktu tengah hari semalam.