Kerajaan akan memulih dan memartabatkan semula institusi pondok negara agar kekal menjadi benteng pertahanan akidah, akhlak dan sahsiah umat Islam selari dengan tuntutan semasa, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Memetik Bernama, Anwar Ibrahim berkata langkah itu melibatkan kerjasama antara Kementerian Kewangan dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi memastikan sekolah agama dan pondok yang masih dalam keadaan daif dapat dibangunkan dengan kemudahan serta teknologi baharu.
Baca Juga:
- ‘Ambil Yang Bagus’ – Wanita Indo Minta Kerajaan Indonesia Tiru Gaya Pemerintahan Anwar Ibrahim

- ‘Harga RON95 Bakal Turun RM1.99 Seliter Hanya Untuk Rakyat Malaysia’ – Anwar Ibrahim

- Anwar Ibrahim Pertahan Keputusan Kerajaan, Perluasan SST Makanan Import Hanya Untuk Orang Kaya

“Kita mahu tambah dengan teknologi baharu termasuk teknologi maklumat, pendigitalan dan kecerdasan buatan (AI) supaya benteng ini kekal sebagai benteng terkuat yang boleh pertahankan akidah, akhlak dan sahsiah ummah,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) ke-65 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), di sini baru-baru ini.
Tambahnya lagi, sejarah membuktikan bahawa ketika sistem politik, ekonomi dan pendidikan negara tunduk kepada penjajah, institusi pondok kekal sebagai benteng terakhir mempertahankan jati diri umat Islam.