Kemarahan orang ramai terhadap isu stoking mempunyai kalimah Allah terus membara. Tiada tanda-tanda kemarahan terhadap KK Mart akan reda dalam masa terdekat.
Baru-baru ini tular satu klip yang membuat netizen geli hati, di mana satu kumpulan dirakam sedang membuat protes. Berdasarkan plakad yang dijulang, protes itu dipercayai terhadap KK Mart.
Baca Juga:
- ‘Amaran Terakhir’ – Aplikasi KK Mart Kena Godam
- ‘Kami Mohon Maaf, Tolong Jangan Boikot KK Mart’ – Pengasas
- Ekoran Isu Stoking Kalimah Allah, Shuib Sanggup ‘Lepaskan’ Status Duta KK Mart
Bagaimanapun protes itu bukan dibuat di kedai serbaneka berkenaan, sebaliknya ia dibuat di hadapan pasar mini 99 Speedmart.
Nak boikot tapi salah kedai 💀 pic.twitter.com/qluv18K8uU
— Addam Darshan (@AdwinWidanta) March 22, 2024
Video asal dimuat naik daripada Instagram Story @amsyar.bundle dan telah dikongsikan semula di laman X.com @AdwinWidanta.
Ramai berasa geli hati melihat video pendek berdurasi 13 saat tersebut.
Dalam pada itu ramai memberikan andaian mengapa mereka membuat protes di hadapan kedai yang salah.
Ada mendakwa terdapat kemungkinan tiada KK Mart berhampiran di kawasan itu.
Jalan Raja Bot ke ni? If yes, faham faham je la JRB macam mana. Maybe parking depan 99 tu je ruang kosong yang diorang boleh berkumpul dan situ ramai orang alang alang ada bundle penuh area kat situ so boikot diorang di notice.
Tapi kalau betul diorang silap, memang bebal lah.
— ❅ (@rabiatuljsn) March 22, 2024
Sementara itu ada komen menyatakan sekiranya protes itu dibuat di Jalan Raja Bot, hanya di hadapan pasar mini 99 Speedmart sahaja mempunyai ruang untuk ‘berkumpul’.
Kebetulan pula terdapat banyak bundle di kawasan itu, sekaligus dapat menarik orang ramai yang lalu-lalang untuk menyertai protes berkenaan.
Terdahulu, walaupun pengasas KK Mart telah tampil membuat permohonan maaf secara terbuka dan meminta orang ramai tidak memboikot perniagaan itu, serangan daripada rakyat Malaysia masih tidak dihentikan lagi.
Paling terbaharu, aplikasi KK Mart didapati telah digodam semalam. Aplikasi itu gagal berfungsi baik dan menunjukkan mesej ‘Amaran Terakhir’.
Bagaimanapun selepas pukul 10.15 pagi, aplikasi itu boleh digunakan semula seperti sediakala. Pihak kedai serbaneka itu tidak mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung insiden godaman tersebut.
Sementara itu, pihak polis telah merujuk kertas siasatan berhubung isu penjualan stoking tertera kalimah Allah ke Pejabat Peguam Negara (AGC).