Selepas menerima tekanan dan kecaman hebat daripada rakyat Malaysia, hari ini aplikasi mudah alih rangkaian kedai serbaneka KK Mart pula telah digodam.

Menurut laporan MalaysiaKini, aplikasi tersebut tidak dapat berfungsi baik, sebaliknya menunjukkan perkataan ‘Amaran Terakhir’ memenuhi skrin telefon pintar.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

“Beberapa minit kemudian, aplikasi itu masih tidak boleh diakses tetapi perkataan ‘Amaran Terakhir’ tidak lagi dipaparkan,” lapor portal itu.

Bagaimanapun aplikasi itu kembali seperti biasa kira-kira jam 10 pagi hari tadi dan 15 minit kemudian aplikasi KK Mart berfungsi normal seperti biasa.

Pada minggu lalu KK Mart tampil membuat permohonan maaf selepas tular isu penemuan stoking mempunyai kalimah Allah.

Isu itu telah mengundang kemarahan rakyat Malaysia sehingga mendapat ugutan untuk menggerakkan boikot. Pengasas KK Mart telah membuat permohonan maaf secara terbuka dan meminta orang ramai tidak memboikot perniagaan kedai serbaneka itu.

Duta kedai tersebut, Shuib tampil memberi kenyataan bahawa beliau sedia melepaskan tanggungjawabnya sebagai duta sekiranya kedai serbaneka itu terbukti bersalah oleh pihak berkuasa.

Manakala Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP) pula telah membatalkan lesen operasi syarikat Xin Jian Chang Sdn Bhd selama 30 hari kerana didapati terpalit dengan pengedaran stoking tertera kalimah Allah.

Sementara itu, pihak polis telah merujuk kertas siasatan berhubung isu penjualan stoking tertera kalimah Allah di kedai serbaneka KK Mart ke Pejabat Peguam Negara (AGC), lapor Kosmo.