Pada ketika ini, sudah lebih sebulan konflik melibatkan rejim Zionis dan Hamas berlangsung di Gaza. Lebih menyedihkan, dilaporkan lebih 12,000 rakyat Gaza telah meninggal dunia berikutan kekejaman rejim Zionis.
Kekejaman yang dibuat telah membuatkan orang ramai dalam dan luar negara memilih menjalankan boikot produk-produk terdiri daripada makanan dan minuman yang dikaitkan dengan Israel.
Pada kali ini, seorang pengguna Facebook Anip Ishak tampil berkongsi antara usaha yang boleh dilakukan orang ramai selain daripada memboikot produk makanan dan minuman. Berikut merupakan penulisan daripada individu ini.
Semua usaha ada nilainya. Cuma dalam bab boikot ni, aku berpendapat boikot yang paling afdal adalah tech boikot. Kalau mufti nak keluarkan fatwa, tech boikot ni lah yang paling awal patut difatwakan wajib mencari alternatif.
GAMAM (Google, Apple, Meta, Amazon, Microsoft). 4 syarikat (kat MY tak pakai Amazon) ini patut jadi keutamaan untuk boikot dan sehabis daya kita untuk cari alternatif. Bukan awal-awal dah surrender kata tak mampu.
Nak tukar memang susah, tapi kita ni bila kena batang hidung orang lain pandai kita suruh sabar, cakap rezeki kat mana-mana. Bila diri sendiri kena buat, macam-macam alasan tak mampu.
Jadi ini aku bagi sebab apa tech boikot ni lagi penting atau setidak-tidaknya kurangkanlah kebergantungan kita kepada syarikat BigTech US ni.
1. Penyumbang ekonomi besar US
Kalau anda perhatikan, GAMAM menguasai hampir keseluruhan aspek kehidupan digital kita. Hasilnya, GAMAM berada diantara 10 syarikat terbesar yang menyumbang pendapatan kepada negara ekonomi terbesar dunia, iaitu US yang hari ini mendanai dan membantu pembunuhan saudara kita di PAL.
Keseluruhan 5 syarikat ini bernilai $9.67 trillion (~RM45.30 trilion) dengan pendapatan $1.5 trillion (~RM7 trilion). Maknanya, nilai keseluruhan GAMAM sahaja lebih dari GDP negara Jepun, negara ke-3 ekonomi terbesar dunia. Baca ulang 5 kali, hadam fakta ni betul-betul.
2. Data monopoli dan neocolonialism
Kalau minyak adalah ekonomi dunia nyata, data adalah ekonomi dunia maya. Infact, inilah ‘the new oil’. Negara yang menguasai digital ekosistem, bukan sahaja akan memegang ekonomi dunia, malah berkuasa mengawal data, memanipulasi informasi dan mempengaruhi tindak-tanduk pengguna.
Bermakna kita kena telan dan akur sahaja di ban, dijaja berita palsu dan dipengaruhi secara sedar atau tidak sedar apa sahaja agenda gila negara dasar penjajah di dunia maya ni. Semua orang faham kesan buruk monopoli, apatah lagi monopoli oleh negara yang tiada nilai moral dan kemanusiaan.
3. Impak ekonomi domestik
Kebanyakan produk GAMAM ni adalah Software-as-a-Service (SAAS). Maksudnya servis berbentuk perisian dan aplikasi yang tiada keperluan besar untuk hire pekerja tempatan untuk menyediakan servis utama kepada kita.
Maknanya, kesan pendapatan yang kita berikan kepada syarikat ni sangat-sangat besar, tetapi impak syarikat-syarikat ini terhadap pekerja tempatan sangat kecik. Apatah lagi sumbangan cukai dan zakat.
Berbeza dengan syarikat brick & mortar yang perlu melabur dan menggaji pekerja tempatan untuk menyediakan servis.
4. Kedaulatan peribadi (self-sovereignity)
Antara tunjang model perniagaan 5 syarikat ini adalah menjual data melalui pengkilanan. Jadi banyak aktiviti ‘data harvesting’ oleh servis-servis syarikat ini dan kebiasaannya sangat invasive.
Aplikasi sangat asas seperti keyboard (GBoard) pun request pelbagai akses kepada data kita yang secara logiknya tiada keperluan pun. Cuba anda semak sendiri apa akses aplikasi-aplikasi GAMAM tu.
Bukan kebetulan syarikat yang memonopoli data ini, syarikat yang sama juga membangunkan teknologi ‘Artificial Intelligence’. Kalau anda rasa okay dengan semua tu, tak perlu aku tulis panjang-panjang.
5. Kedaulatan negara (state-sovereignity)
Bagi aku, ini paling penting. Antara syarikat GAMAM ni terlibat dalam PRISM program US. Sebuah projek ketenteraan untuk intellegence dan surveillance US dengan alasan sekuriti. Dengan kata lain, data pengguna syarikat-syarikat ini diselia dan digunakan untuk kegunaan intelligence US.
Bunyi macam konspirasi, tetapi itulah faktanya. Silakan search. Jadi aku tak hairan kalau teknologi-teknologi syarikat ini juga digunakan untuk intellegence, surveillance dan precision operasi ketenteraan di PAL.
Ini direct threat kepada data peribadi & keselamatan negara. Bukan setakat sumbangan atau post simpatisan kepada IZZ. Apa lagi alasan kita untuk tidak boikot?
6. Alternatif yang lebih baik
Alternatif yang aku provide kebanyakkan adalah projek open-source. Maknanya semua sumber kod pembinaan aplikasi nya public boleh check sendiri (individu, programmer atau sesiapa sahaja), semak dan audit untuk tahu apa fungsi dibelakang, akses aplikasi dan security kod programming.
Ini penting sebab membantu intergriti dan keselamatan aplikasi tersebut. Malah hampir semua dibangunkan dengan privacy in mind, end-to-end encryption dan minimal data collection, tidak seperti GAMAM. Kebanyakkannya adalah free. Apa lagi alasan anda?
Jadi, kalau selepas semua yang aku tulis dan semua benda yang dilakukan oleh US dan sekutunya kepada PAL hari ini pun kita tetap tak mampu nak belajar beralih dari syarikat-syarikat ni, maksudnya sampai kiamat lah kita takkan tinggalkan.
Tanpa isu PAL pun, dah sangat afdal dah pun kita beralih dari GAMAM. Ibarat seorang isteri dah di-abuse teruk oleh sang suami, tetapi tetap tak boleh nak tinggalkan sang suami. Adakalanya alternatif ada, tapi kita yang tak cari dan banyak bagi alasan.
Betul kita takkan dapat tinggalkan semua, tapi jangan pula tak cuba langsung. Kalau hari ini tak mula untuk perlahan-lahan beralih, jangan nanti esok kena cuit sikit, kita kelam-kabut. Tiada jaminan kita terselamat dari kerakusan negara penjajah ni. Bak kata Ian Bremmer, “We are living in a dangerous time.”
So dalam gambar, aku bagi 6 list apa yang anda boleh buat terus hari ni juga. Ini beginner level dan penting sebagai permulaan. Dah buat, komen done. Kalau dapat buat yang ni, next time kita cerita next level pulak.
Ingat, tiada jihad tanpa kesusahan dan pengorbanan. Selamat berjihad!