Penindasan Israel ke atas tanah Palestin menambah episod baharu konflik panjang yang terjadi melibatkan dua negara sejak 1948.
Sedikit demi sedikit tanah Palestin di curi oleh Israel, malah sebelum David ben-Gurion mengisytiharkan Israel pada 1948, kebanyakan para ahli menyatakan bahawa rakyat Palestin tinggal dan mendapat manfaat di atas tumpukan harta karun.
Ianya kini antara sasaran utama Israel untuk memastikan ia adalah milik mereka.
Harta karun ini pernah diungkapkan oleh ahli geologi bernama A. Bonne dalam penyelidikannya “Natural Resources of Palestine” pada tahun 1938 dengan mengenal pasti 2 potensi sumber asli di wilayah Palestin.
Pertama, sumber air. Palestin dilimpahi dengan bekalan sumber air yang banyak ditengah-tengah jiran mereka bergelut untuk mendapatkan nikmat ini.
Ia dimanfaat dari pertanian, perkebunan sehingga membawa kepada bangunnya industri elektrik Palestin dengan tertubuhnya Palestine Electric Corporation pada 1926.
Kedua, sumber mineral. Pakar geologi mengatakan bahawa Palestin mempunyai banyak kekayaan mineral, seperti kapur, basalt, tembaga, mangan dan asfalt. Bukan itu sahaja, negara ini juga mempunyai sumber asli yang sangat berpotensi iaitu petroleum.
“Struktur geologi Palestin menunjukkan bahawa petroleum dan produk serupa boleh didapati di beberapa tempat dalam kuantiti yang menguntungkan dari segi ekonomi,” tulis Bonne.
Bagaimanapun, laporan PBB tahun 2019 merekodkan bahawa penduduk Palestin mula hilang kepemilikan sumber daya asli, khususnya bekalan air.
Menurut rekod Amnesty International pula, pada tahun 1967 Israel secara sombong telah menarik hak rakyat Palestin untuk mendapatkan bekalan air di Tebing Barat.
Disebabkan itu PBB menyatakan kegusaran mereka apabila melihat kesan ini menyebabkan ekonomi Palestin gagal berkembang. Sektor pertanian, yang sebelum ini sangat menguntungkan kini musnah dan Israel dengan senang mengaut segala nikmat tanpa peduli ia datang dengan cara kemanusian atau kekejaman.