Sebuah restoran milik lelaki Sikh di London, United Kingdom (UK), berdepan masalah kewangan sehingga berisiko ditutup dan muflis apabila pemiliknya mendakwa perniagaan itu terjejas akibat ulasan negatif dalam talian.
Harman Singh Kapoor, pemilik restoran Singh’s Dining, merayu orang ramai supaya membuat tempahan dan membantu menyelamatkan perniagaannya yang kini berdepan tunggakan sewa serta ancaman tindakan mahkamah daripada tuan tanah.
Dalam hantaran di media sosial pada 12 Oktober lalu, Kapoor mendakwa Google menerima ulasan palsu satu bintang, tetapi pada masa sama menghalang ulasan lima bintang yang diberikan pelanggan sebenar.
Bagaimanapun, dakwaan Kapoor mengenai pengendalian ulasan oleh Google itu belum dapat disahkan secara bebas.
Dia juga tidak mengemukakan bukti yang menyokong dakwaan tersebut dalam hantaran berkenaan.
Kapoor sebelum ini mengendalikan restoran India bernama Rangrez di Hammersmith, London Barat, selama kira-kira 16 tahun. Pada Februari lalu, dia mengumumkan rancangan menutup restoran itu susulan peningkatan kos operasi, gangguan berulang, gangguan dalam talian dan dakwaan kekurangan sokongan polis.
Kontroversi tercetus apabila Kapoor secara terbuka mengiklankan dasar restorannya yang tidak menjual daging halal. Papan tanda di premis itu memaparkan mesej “Proudly, we don’t sell Halal”.
Dia mengaitkan pendirian tersebut dengan kepercayaan Sikh dan kecenderungannya terhadap daging jhatka, iaitu kaedah penyembelihan menggunakan satu hentakan pantas yang dianggap dibenarkan oleh sesetengah penganut Sikh.
Isu itu kemudian berkembang menjadi pertikaian agama selepas kenyataan Kapoor di media sosial, termasuk komen yang mengundang kritikan terhadap umat Islam dan gesaan supaya penyembelihan halal diharamkan di UK.
Pada Mac lalu, Kapoor turut mempromosikan pertemuan yang dinamakan “Non-Halal meetup” dan meminta penyokong membawa peralatan rakaman untuk mendokumentasikan gangguan. Satu pertembungan dilaporkan berlaku dan dia ditahan polis.
Selain itu Kapoor beberapa kali menyatakan sokongannya kepada IDF dan dia sertai isterinya pernah memuat naik video mempersoalkan kepada IDF tidak meranapkan semua bangunan yang ada di Gaza.
London Indian restaurant owner faces SHUTDOWN days after urging Netanyahu to DESTROY EVERY HOUSE in Gaza
Harman Singh Kapoor now appeals for help saving his business as BAD REVIEWS pile up
‘Our livelihood is at stake’ pic.twitter.com/sA9z0gV0Yw
— RT (@RT_com) October 13, 2026
Kapoor kemudiannya mendakwa penahanannya tidak sah dan dia ditahan selama hampir 24 jam. Pada Mei lalu, dia menyatakan hasrat untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Polis Metropolitan dan Datuk Bandar London, Sadiq Khan, atas dakwaan layanan diskriminasi.
Kini, Kapoor berharap Singh’s Dining dapat terus beroperasi dengan menggesa pelanggan membuat tempahan, mengunjungi restoran dan berkongsi rayuannya.
Dia merayu sokongan orang ramai kerana menurutnya, dia kini di ambang muflis jika keadaan berterusan.
Pada akhir video dia dan isteri tak lupa menyelitkan bahawa mereka dengan bangga menjual makanan tidak halal.
Dia berkata: “Hello sahabat. Hari ini, saya membuang ego saya dan memohon bantuan anda untuk menyelamatkan restoran saya.
“Menguruskan sebuah restoran bukan sekadar perniagaan bagi saya. Ia adalah minat saya, mata pencarian saya, dan sesuatu yang telah saya usahakan dengan sangat keras untuk dibina.
“Kami sedang menghadapi salah satu masa yang paling sukar. Buat masa ini, Google hanya menerima ulasan palsu 1-bintang, manakala ulasan asli 5-bintang daripada pelanggan tidak diterima.
“Anda boleh cuba menyiarkan ulasan 5-bintang dan lihat sendiri. Ini menjejaskan perniagaan kami secara serius.
“Dengan tunggakan sewa dan tuan tanah kami yang mengancam untuk mengambil tindakan mahkamah, tekanan ini sangat sukar ditanggung.
“Saya tidak pernah membayangkan akan membuat hantaran seperti ini, tetapi kadangkala anda perlu mengetepikan ego dan meminta bantuan.
“Sila tempah meja di Singh’s Dining. Datang nikmati makanan kami, rasai layanan mesra kami, dan lihat sendiri apa yang kami tawarkan.
“Kami bangga menjadi sebuah restoran bukan Halal dan mahu terus berkhidmat kepada komuniti kami untuk tahun-tahun akan datang.
“Jika anda tidak dapat berkunjung, sila kongsi hantaran ini dengan rakan-rakan dan keluarga. Setiap tempahan, perkongsian, dan sedikit sokongan amat bermakna melebihi apa yang anda bayangkan.”
Today, I’m swallowing my pride and asking for your help to save my restaurant.
Running a restaurant is more than a business to me. It’s my passion, my livelihood, and something I’ve worked incredibly hard to build.
We’re facing one of our hardest times. Right now, @Google is… pic.twitter.com/MS3jkh29xH
— Harman Singh Kapoor (@kingkapoor72) October 12, 2026
Setakat 13 Oktober, Singh’s Dining memperoleh penarafan 2.8 daripada lima bintang berdasarkan 20 ulasan di Google. Laporan India Today turut menyatakan bahawa pihak pengurusan restoran itu beberapa kali membalas ulasan pelanggan dengan nada kasar serta komen peribadi.
Kapoor bagaimanapun menegaskan bahawa restorannya mahu terus berkhidmat kepada komuniti sebagai premis yang tidak menjual makanan halal, sambil berharap sokongan orang ramai dapat membantu perniagaannya bertahan.
Seimbangkan Fokus Konflik AgamaPerkemas Tajuk Supaya Lebih Tepat