Sejak kebelakangan ini orang ramai kembali menyuarakan ketidakselesaan dengan segelintir penunggang basikal yang kembali ‘membahayakan’ diri mereka sendiri termasuklah pengguna jalan raya yang lain.
Pada petang semalam salah seorang pemandu kereta di kawasan Putrajaya berkongsi satu ciapan video dashcam menunjukkan ada dua orang penunggang basikal menggunakan jalan raya utama untuk melakukan aktiviti terbabit sehingga kenderaan lain terpaksa ‘lebih berhati-hati’ bagi menjaga keselamatan semua pihak.
Putrajaya today. Bahaya betul korang ni. Cc : @putrajayacorp @kw_seriwilayah @PDRMsia @JPJ_Malaysia @KBSMalaysia @putrajayaMY pic.twitter.com/N3NRZea73b
— 卂ㄥ-千尺乇ᗪㄖ 𓆩♡𓆪𝕏 (@chicanoz) September 25, 2021
Sbg wakil penduduk putrajaya aku tolong jawab. Dah ada route disediakan bang. Some bebal ni je besar kepala. Ikut suka kayuh tgh jalan. pic.twitter.com/SOBQNcXu70
— 卂ㄥ-千尺乇ᗪㄖ 𓆩♡𓆪𝕏 (@chicanoz) September 25, 2021
Menurut pemilik ciapan itu lagi, di awal rakaman video dashcam kita dapat lihat lelaki ini terpaksa ‘himpit’ kenderaan lain di sebelah kiri untuk beri laluan kepada kedua-dua penunggang basikal yang berada di bahagian kanan jalan.
Tambahnya lagi, laluan untuk aktiviti berbasikal di beberapa kawasan di Putrajaya sudahpun disediakan oleh Perbadanan Putrajaya. Namun kedua-duanya masih berdegil serta mengambil risiko untuk mengayuh basikal di tengah-tengah jalan.
Pada masa yang sama lelaki ini turut menyatakan pada akhir tahun lalu, ada seorang penunggang wanita maut setelah hilang kawalan lalu bergesel dan dilenyek sebuah lori semasa berbasikal di kawasan Putrajaya.
Rata-rata orang ramai ‘menarik nafas panjang’ setelah melihat video terbabit. Mereka cukup risau melihat penunggang-penunggang basikal ini sanggup mengabaikan keselamatan sendiri sehingga menyusahkan pengguna jalan raya lain.
https://twitter.com/uglybadassbitch/status/1441923643164876803?s=20
Weh naik basikal dok tengah tengah jalan besaq lagu tu 😱 aku hat naik moto pun kadang ketaq kaki kaki bila tak dok tepi https://t.co/2JvBWQ59Mi
— najwa (@najwaaaanuar) September 25, 2021
https://twitter.com/akmallimran/status/1441774611058757642?s=20
Minta mereka yg gemar menjalankan aktiviti berbasikal, sentiasa guna laluan yg lebih selamat atau laluan berbasikal yg telah disediakan oleh pihak berwajib. Elakkan perkara yg tidak diingini berlaku dan jangan bahayakan diri atau mereka yg lain. https://t.co/hX4KuB0PBU
— Syafiq Ali 🚸 (@syafiqalib) September 26, 2021
YA BETUL
Harini kat putrajaya mmg ramai naik basikal lps tu slow nak mampus atas jalan raya
Kete dh la banyak laju2 belaka
Ade tu siap bawak anak kecik time panas2 tu
Trek tepi tu ada tp nak jugak atas jalan
Bengong sbb nyirap gila tgk depa arini ramai2 buat mcm jalan depa pulak https://t.co/8oGLBmapsC— ixhsan 🇲🇾🕋🕌💕 (@mrzihsnn) September 25, 2021
Hati hati kepada penunggang basikal.
Kemalangan maut babitkan sebuah lori dan penunggang basikal wanita di Putrajaya pagi ini.
Sumber : FB Shukri Hassan pic.twitter.com/EnQGNGx6Wk
— Mohd Redzuan Abdul Manap (@redzuanNewsMPB) December 19, 2020
Menurut netizen lagi, kawasan Putrajaya kini semakin ‘dibanjiri’ oleh penunggang-penunggang basikal setelah tempat tersebut sudah bertukar ke Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan sudah letih untuk bersabar apabila terpaksa ‘berkongsi’ jalan raya dengan mereka.
Jika ada sebahagian daripada pembaca yang mempunyai niat untuk berbasikal di Putrajaya, bolehlah gunakan trek basikal yang telah disiapkan oleh pihak Perbadanan Putrajaya.
Biarlah penunggang-penunggang basikal lain kata anda tidak cool dan thrill kerana menggunakan trek basikal, sekurang-kurangnya anda telah selamatkan diri sendiri serta pengguna jalan raya yang lain.
Selepas tular beberapa rakaman segelintir penunggang basikal mengayuh rapat dibelakang lori, pihak PDRM mengambil keputusan untuk mengetatkan lagi pemantauan terhadap mereka. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.
Polis Bakal Pantau Aktiviti Berbasikal Berkumpulan Dengan Lebih Ketat
Tidak Peka Dan Beradab, Netizen Kecewa Geng Basikal ‘Selfish’ Guna Jalan Raya
Risau Jadi Trend Panjat ‘Roundabout Elmina’, Netizen Berang Dengan Sikap Geng Basikal