Gara-gara main mercun atas jalan, serta meletakkan mercun di atas kereta seorang wanita telah menyebabkan dua lelaki termasuk seorang remaja ditahan polis.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong, berkata kedua-dua lelaki tempatan berusia 18 dan 21 tahun itu ditahan jam 11.30 malam tadi.

Taobao
HYPE
Raya Extra Meriah! 5 Dekorasi DIY Dari Taobao Wajib Ada Untuk Rumah Anda!
Baca lagi →

Baca Juga:

Menurut beliau, seorang wanita berusia 26 tahun membuat laporan berhubung tindakan dua lelaki membakar mercun di sebelah kenderaannya sehingga menyebabkan kerosakan dalam kejadian jam 2 petang.

“Hasil siasatan mendapati semasa pengadu melalui jalan itu, suspek membakar mercun dan meletakkan di atas bonet kereta wanita berkenaan.

“Selepas dimarahi, suspek kemudian mengambil semula mercun berkenaan dan meletakkan di tepi kenderaan sehingga menyebabkan sedikit kerosakan pada bahagian bumper dan sisi kereta,” katanya dalam kenyataan rasmi.

Beliau berkata, tindakan dua lelaki itu dirakam menerusi dashcam kereta mangsa dan susulan itu polis membuka satu kertas siasatan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan Seksyen 3 (5) Akta Kesalahan Kecil 1955.

“Hasil semakan kedua-dua suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan kini direman untuk siasatan lanjut sehingga 27 Januari.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kes ini boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan di talian 03-33762222 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.