Pasukan Selangor sedang giat mencari ketua jurulatih baharu bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim 2024/25 dan salah seorang jurulatih yang dikaitkan dengan skuad Gergasi Merah ialah bekas pemain skuad kebangsaan Jepun iaitu Keisuke Honda.

Menurut laporan NST, nama Honda berada dalam senarai calon bagi menggantikan Tan Cheng Hoe selain bekas pengendali Thailand, Alexandre Polking, bekas ketua jurulatih Vietnam, Park Hang-seo dan bekas pengendali Tajikistan iaitu Petar Segrt.

Baca Juga:

Polking menjadi calon pertama yang disenarai pendek oleh pengurusan pasukan dan mereka dilaporkan sedang mencari beberapa nama untuk dikaji bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Cheng Hoe.

Keisuke Honda
Cambodia’s coach Keisuke Honda of Japan, right, watches the friendly soccer match between Cambodia and Malaysia, in Phnom Penh, Cambodia, Monday, Sept. 10, 2018. Malaysia won 3-1. (AP Photo/Heng Sinith)

Selangor dianggap mengambil risiko besar sekiranya melantik Honda sebagai ketua jurulatih baharu dimana beliau tidak mempunyai sebarang pengalaman mengendalikan kelab sejak terjun ke bidang kejurulatihan pada 2018 lalu.

Setakat ini, bekas pemain AC Milan itu pernah mengendalikan skuad kebangsaan Kemboja dimana kali terakhir beliau menguruskan pasukan itu ialah pada 2023 lalu.

Honda memegang jawatan sebagai pengurus besar dan beliau akan turun untuk mengendalikan pasukan ketika perlawanan di peringkat antarabangsa sambil dibantu oleh Felix Dalmas.

Pada 10 September 2018, Honda tewas dalam perlawanan pertama sebagai pengurus Kemboja dimana mereka menelan kekalahan dengan keputusan 3–1 ketika menentang Malaysia. Sehingga Oktober 2021, Kemboja menduduki tangga terakhir dalam Kumpulan Kelayakan Piala Dunia 2022 dan telah mengalami dua kekalahan besar di tangan Iran dengan keputusan 14–0 pada akhir 2019 dan kemudian 10–0 pada Jun 2021.

Meskipun pernah beraksi dengan beberapa kelab besar di Eropah, namun peranan sebagai pemain dan juga ketua jurulatih adalah dua dunia yang berbeza dan oleh itu, Selangor dilihat mengambil risiko tinggi sekiranya melantik Keisuke Honda bagi menggantikan Cheng Hoe.

Cheng Hoe memutuskan untuk menamatkan kontrak beliau dengan Selangor lebih awal dan kemudiannya menyertai Police Tero yang beraksi dalam saingan Thai League 1.