Putera Alwaleed bin Khaled bin Talal bin Abdulaziz Al Saud, yang dikenali sebagai Sleeping Prince Arab Saudi, telah meninggal dunia pada usia 36 tahun selepas berada dalam keadaan koma hampir 20 tahun sejak kemalangan jalan raya pada tahun 2005 di London.

Bapanya, Putera Khaled bin Talal bin Abdulaziz, mengesahkan berita pemergian anaknya itu. Beliau berkongsi berita sedih itu menerusi satu hantaran di X.com.

Baca Juga:

“Wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dalam keadaan reda dan diredai. Maka masuklah ke dalam kalangan hamba-hamba-Ku, dan masuklah ke dalam syurga-Ku — [Surah Al-Fajr, ayat 27–30].

“Dengan hati yang penuh keimanan terhadap ketentuan dan takdir Allah, serta dengan kesedihan dan duka yang mendalam, kami meratapi pemergian anak yang kami kasihi, Putera Al-Waleed bin Khaled bin Talal bin Abdulaziz Al Saud.

“Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya yang telah kembali ke rahmatullah pada hari ini,” kata Putera Khaled.

Solat jenazah untuk Allahyarham Putera Al-Waleed bin Khaled bin Talal bin Abdulaziz Al Saud akan diadakan pada, 20 Julai (Ahad). Untuk lelaki di Masjid Imam Turki bin Abdullah selepas solat Asar. Sementara wanita di Hospital Pakar Raja Faisal selepas solat Zuhur.

Majlis penghormatan terakhir bagi lelaki akan diadakan di Istana Putera Al-Waleed bin Talal di Al-Fakhariya. Bagi wanita pula di kediaman Allahyarham Putera Talal bin Abdulaziz.

Manakala majlis tahlil akan diadakan selama tiga hari, Ahad hingga Selasa, selepas Maghrib.

Untuk rekod, Putera Alwaleed koma selama 20 tahun selepas terlibat dalam satu kemalangan pada tahun 2005 lalu.